BPEX KL 2008 ~ Rumah Satuuu !!


best gak gi tgk rumah nih..sebab senang sikit nak survey harga dgn location sekali choice pun byk. so sesapa yg berminat boleh la ke midvalley..rasa cam every year ada kot pameran nih..selalunya bank pun dah ada kat sana kalau nak tanya pasal financing

Bagi memudahkan golongan bumiputera mendapatkan maklumat tentang hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama MMC Sdn. Bhd. menganjurkan Pameran Harta Tanah Bumiputera Kuala Lumpur 2008 (BPEX KL 2008) di Pusat Pameran Mid Valley (MVEC) selama tiga hari bermula hari Jumaat.

Pameran yang bermula dari pukul 10.30 pagi hingga 9.30 malam itu akan mempamerkan pelbagai jenis hartanah yang mampu dijadikan aset pelaburan masa depan dengan melibatkan 51 pemaju.

Pameran tersebut turut menawarkan pembelian tanah pertanian bagi pengunjung yang berminat untuk melabur di dalam perusahaan pertanian yang menjanjikan keuntungan yang berlipat ganda.

0 comments:

Post a Comment