Duitku Melayang Lagi....

arini rasa bestnya cuti....blehla senang lenang pegi breakfast..

tapi bila nak keluar keta plak takleh nak start. dah banyak kali try pun takleh gak. last2 keluar keta masuk rumah balik. saja nak tunggu kejap mana tau dah panas sikit bleh start.

lepas 10 minit aku try lagi takleh gak, so terpaksala aku call uniasia insurance utk breakdown service. dah call tu customer service tu cakap nanti dia call tow truck. dah lama sikit baru org tow truck tu call tanya apa rosak...aku suspect tak battery, spark plug je.

tunggu punya tunggu kul 1 lebih baru dia sampai..siap bawak tow truck tu..nak buat jump start je pun. nasib baikla takyah bayar cuma lepas tu aku kenala gi cari battery plak tukar battery yg dah tak cukup power tu.
rasa cam baru je pun tukar battery tu. cuma battery tu jenis tak payah isi air..mekanik tu cakap battery jenis tu mungkin tak sesuai dgn semua keta dia cakap nak tahan lama guna yg kena letak air.

so tukar laa mcmla ada pilihan pun...cuma terkejut badak gak la battery dah naik harga. dia cakap last year je naik harga 3 kali..this year dah turun sikit.

aku pun tak tau la kalau dia kelentong aku...mmg dia tak untung pun sbb aku still bayar harga yg sama huhu..yg surenya arini aku kehilangan time utk breakfast kat luar dgn duit battery rm 250 cuma syukurlah tak jadi masa aku balik dari kg kee

11 comments:

Tirana said...

Baru ni suami saya bawak kete saya pergi service.. Usia kete tu dah lima tahun so mekanik tu cakap ada banyak benda kena ganti so terpaksala ganti..jumlah semua habis dalam RM7K. Terkejut badak saya.Itu pun bawak gi ke workshop kawan suami. Kalau bawak gi volvo center..hmmm..lagi banyak kena keluar. Kalau service biasa2 pun selalunya habis more than rm1K. Nak kata apa..kete tu jadi keperluan dah sekarang ni.. Tak dak kete payah pulak nak bergerak..nak gi pasar..nak hantar amik anak-anak sekolah and so on. Ada kawan kata.. "nak beli kete boleh tapi kena ada duit dalam tangan untuk nak maintain the car".

zariel said...

ko pakai bateri kering ke? spttnya tahan lama tu... haha...biasa le lpas raya ni dh la poket dh makin susut...keke

Mr. Azman @ Kreuger said...

Saboer je la Encik Zamz.
Dugaan lepas raya. Keter pon nak
gak pakai sparepart baru kan.. bukan
tuannye jer... ekekee..

Sepatutnye layan ler kehendak keter tuh dulu sebelum balik beraya. Kalau tak sure die tak le merajuk time cuti-cuti malaysia macam ni... eh still cuti ker Encik Zamz??? Lame bebeno cutinye~

Kreuger®

zamz said...

tirana..bawak keta jenis volvo dan ke atas mmg camtu agaknya ek...tak tahan dgn maintenance...

sbb tu setengah org sanggup beli satu lagi keta kecik utk jln2 kat rumah

ZARA said...

seb baik tak kena time balik kampung...
if tak..naya jer...

sapa suruh tak nak bagi zara duit raya?
hehehe...

wilda said...

berbateri barula keta encik zamz raya tahun ni ye..pandai die pilih time nk meragam..mcm tahu2 je tuannya cuti..:)

zamz said...

zariel mmg pakai bateri kering tak yah nak beli air bateri tapi rasa cam tak tahan lama la plak...

zamz said...

mr azman..
sebelum balik raya mmg dah dilayan dah kereta tu..
cuma tak sangka plak dia nak layanan lebih2 hehe

zamz said...

zara..kalau bagi duit raya kat zara bukan takat bateri byk lagi benda kena tukar ekekeke

zamz said...

wilda tu la keta pun bijak gak nak beraya bateri baru hehe

Myza Pesona said...

Nasib baik tak meragam masa kat Highway! Kalau tak, sah lagi panjang plak jam!Ha ha ha ! Tak pe la Zamz! Keta tu nak layanan lebih drp yang lain - lainnya!Sabar je la!

Post a Comment