Jom Beli Nokia E-series


bilalah agaknya aku bleh beli phone camni ek..tgk harga pun rasa cam tak berbaloi je...kalau lah phone ni mcm rumah tiap2 tahun naik harga mmg mahal pun aku beli jugak...tapi sbb harga phone ni mcm keta..makin hari makin turun ..menyebabkan aku pikir 10 kali nak beli phone dgn harga kat 2k.. tapi cam best je kan

NOKIA meneruskan langkah cemerlangnya dalam bidang telekomunikasi melalui pelancaran dua model telefon bimbit terbarunya yang berasaskan perkhidmatan e-mel iaitu Nokia E71 dan Nokia E66

Dengan tawaran harga RM1,950 untuk E71 dan RM1,995 untuk E66, kedua-dua model ini kini boleh didapati di pasaran.

Melalui rekaannya yang nipis dan bergaya, Nokia E71 dan Nokia E66 menawarkan aplikasi yang memudahkan penggunanya mengakses e-mel peribadi termasuk e-mel korporat yang ditawarkan oleh perkhidmatan Microsoft Exchange.

Dilengkapi dengan papan kekunci mudah untuk mengakses e-mel bagi E71 dan bukaan lungsur untuk E66, kedua-dua model ini mampu menawarkan perkhidmatan e-mel secara menyeluruh kepada penggunanya.

Bagi pengguna yang menggunakan aplikasi Microsoft Exchange untuk mengakses e-mel pula, mereka boleh memuat turun perkhidmatan Mail For Exchange untuk tujuan memudahkan urusan menyemak e-mel secara mobiliti.

Selain capaian e-mel, kedua-dua telefon bimbit ini juga memberi peluang kepada penggunanya mengakses beberapa aplikasi lain seperti Microsoft Word, Excel, Powerpoint dan juga fail dalam format PDF.

Kelebihan telefon bimbit ini adalah ia mampu menyokong perkhidmatan akaun e-mel daripada beribu- ribu pembekal servis internet (ISP) di seluruh dunia seperti Gmail, Yahoo! mail dan Hotmail.

Apa yang pasti, melalui aplikasi sokongan kepada perkhidmatan Ovi, kedua-dua model ini boleh mengakses perkhidmatan peta, muzik dan perkongsian media di antara pengguna.

Ini termasuk kepantasan dan akses tanpa had untuk sambungan 3G, sambungan Capaian Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi (HSDPA), teknologi LAN tanpa wayar, sistem penentu kedudukan global (GPS), simpanan permainan muzik sehingga 8 GB dan kamera fokus automatik 3.2 megapiksel.

9 comments:

shaxx said...

aku teringin nak Nokia N series... tp setakat teringin je la....

zamz said...

shaxx..kita serupaa..aku pun teringin gak..tapi tgk harga selalu tak jadi

razifembi said...

Zamm..sorry lambat reply shoutmix...maleh aku maleh lagi ..hahaha...raya mode lagi nihhh..haihhhhh....

emmm best mmg best...tapi taklah mengkagumkan sangat.

aku guna e90

yang best ada wireless (bley download tanpa open laptop ) and GPS.

mobile office, words, p.p, aku tak pernah guna lagi.macam tak sesuai jer nak wat kerja kat hanphone...

Blackberry amacam?ada rebiu?mcm bestt jahhh...

zamz said...

salam razif..hang guna e90 ek..lagi power la tu..blackberry aku pun tak sure sgt lah...blueberry aku tau laa haha

Myza Pesona said...

Nak pakai N series pun pikir banyak kali, bila tengok harganya!Ada kawan pakai N series tapi setakat buat call dan hantar SMS, tapi function lain kat hp tu, dia tak reti nak guna!Buat perabih duit je!

dynn said...

pakai setakat memenuhi keperluan basic dah la..buat per nak canggih2 tapi setakat guna sms ngan tunggu org call jer..

zamz said...

betul tu myza dynn..tgk kegunaan la camana pun...takat nak guna biasa je..guna phone skrg ni pun boleh hehe

razifembi said...

yes for sure . . .

if you happened to know what you goin to do and need with your hp...that will be good.

zamz said...

betul tu razif cuma nak tgk betul ke nak guna sume function tuh

Post a Comment