Maklumat Asas Sebelum Melabur di Pasaran Saham

saja nak share article nih..general knowledge utk sesapa yg nak buat investment either in share market ataupun unit trust

aku tgk ramai gak yg selalu terpengaruh dgn cakap2 remisier atau pun agent unit trust tu yg mana diorang pun dgr2 je jugak dari org lain..so as investors its gud to know as the decision is yours...

SEJAK beberapa tahun lalu, saham menjadi instrumen pelaburan semakin popular. Bagaimanapun, ramai yang kehilangan sebahagian besar pendapatan mereka apabila pasaran saham merudum.

Sekiranya anda bertanya kepada mereka yang melabur dalam saham, anda akan mendapati ramai di antara mereka yang tidak tahu-menahu mengenai saham yang mereka beli.

Jangan terkejut jika ada yang mengakui bahawa satu-satunya sebab mereka melabur dalam pasaran saham ialah kerana “orang lain pun beli”, tanpa mengambil inisiatif untuk memahami asas pelaburan saham.

- Menetapkan matlamat kewangan anda

Melabur sebenarnya bermaksud membuat wang bekerja untuk anda untuk mencapai matlamat kewangan anda. Justeru, sebelum mula melabur, anda perlu menetapkan matlamat kewangan anda dengan bertanya kepada diri sendiri “Apakah jenis pulangan yang saya harapkan berdasarkan keperluan kewangan saya?”

Matlamat yang anda tetapkan haruslah realistik, munasabah dan boleh diukur. Sebagai contoh, menetapkan sasaran pulangan lapan peratus setahun boleh dianggap munasabah dan sesuatu yang boleh diukur.

- Mempertimbangkan risiko dan pulangan

Apabila berbincang mengenai pelaburan, kita perlu memikirkan mengenai risiko dan pulangan, kerana kedua-duanya saling berkaitan. Jumlah pulangan yang anda harapkan bergantung sebahagian besarnya kepada risiko yang anda sanggup dan mampu untuk ditanggung.

Cara termudah untuk mentakrifkan risiko ialah kemungkinan kehilangan wang yang anda dilaburkan. Apabila risiko yang ditanggung lebih tinggi, pulangan yang dijangkakan juga akan lebih tinggi disebabkan premium yang dibayar kepada anda untuk risiko tinggi yang ditanggung itu.

- Bilakah saham sesuai dijadikan instrumen pelaburan?

Secara amnya, saham lebih sesuai dijadikan pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang kerana sifat semula jadi saham itu sendiri yang sentiasa berubah-ubah dalam jangka pendek.

Justeru, jangan sesekali mengharapkan pulangan daripada pelaburan saham untuk jangka pendek, kerana apabila anda terdesak dan memerlukan wang serta terpaksa menjual saham yang anda pegang, walaupun pasaran saham mungkin berada dalam keadaan menurun dan sekali gus menyebabkan anda kerugian.

- Pelaburan berbanding Spekulasi

Jual beli saham sebenarnya memerlukan kemahiran dan tahap disiplin yang tinggi. Malangnya, ramai pelabur cuba mengejar keuntungan daripada perubahan harga saham dengan bergantung kepada maklumat ataupun khabar angin serta spekulasi yang dipercayai akan menaikkan harga saham mereka.

Paling penting ialah disiplin dalam mematuhi matlamat yang telah anda tetapkan. Jangan bersifat tamak - anda tidak akan berjaya mengatasi pasaran dengan sentiasa berharap untuk membeli pada harga terendah dan menjual pada harga tertinggi.

Selagi saham yang anda beli menunjukkan prestasi yang diharapkan, anda boleh mengekalkan pegangan saham terbabit untuk jangka panjang.

2 comments:

arep said...

a nice article to share.. sharing is caring aite..

zamz said...

yela arep share info bukannya rugi pun..lainla share duit haha

Post a Comment