Google Offers RM 33 million On Idea To Change The World




Project 10100

May Those Who Help The Most Win


ada sesapa berminat bukan takat ubah dunia dpt 33 juta lak tuu...

Hanya tinggal empat hari lagi untuk sesiapa yang ingin membantu mengubah dunia, menghantar idea-idea mereka kepada Google.

Ini merupakan cabaran kepada semua rakyat Malaysia dan rakyat seluruh dunia untuk membantu seberapa ramai orang yang mungkin di dunia ini.

Tarikh tutup adalah pada 20hb. Oktober ini.

Untuk cabaran ini, Google menyeru pengguna untuk menghantar idea menarik untuk meningkatkan cara hidup orang ramai dan akan menaja RM33 juta (ASD$10 juta) untuk menjadikan lima idea yang terbaik sebagai satu realiti.

Idea tersebut mungkin besar atau kecil, dipandu teknologi atau sesuatu yang amat mudah - tetapi ia mesti mempunyai impak.

Google akan mengenal pasti 100 idea terbaik dan kemudian meminta pengguna Google untuk mengundi idea mana yang patut ditaja.

Undian mereka akan menyenarai pendek 20 peserta terakhir, dan seterusnya panel hakim akan memilih sehingga lima idea bagi tajaan muktamad.

Google sedar bahawa terdapat terlalu banyak idea bernas yang memerlukan tajaan dan sokongan untuk dihasilkan.

Apakah dia beberapa contoh idea yang kami rasa adalah menarik?

Apakah cara yang lebih baik untuk menyambutnya melainkan dengan memberikan kuasa kepada orang ramai untuk membantu orang lain?

Semoga mereka yang paling banyak membantu akan menang!

Dapatkan maklumat lanjut di www.project10tothe100.com

0 comments:

Post a Comment