Yoga Pesong Akidah: Zakaria


penah gak dgr org buat yoga..tapi masa tu tak sure plak boleh ke tak..so skrg dah keluar fatwa sendiri mau ingat la kan..

GEORGETOWN: Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya.

"Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan," katanya selepas menyampaikan syarahan yang Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia, semalam.

Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Difahamkan, isu yoga sudah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Beliau berkata, umat Islam yang tiada pengetahuan agama mengikut saja amalan berkenaan tanpa mengetahui boleh memesongkan akidah mereka.

Katanya, umat Islam patut menggunakan ajaran Islam seperti solat untuk mencari ketenangan jiwa yang dilakukan secara teratur lima kali sehari.

“Jika umat Islam mahu menyihatkan tubuh badan, solat adalah pilihan terbaik dengan posisi tubuh teratur untuk semua anggota badan sambil berzikir dengan ayat al-Quran.

5 comments:

Anonymous said...

wohooo... nanti aku sebar2kan

Zamz said...

emm benda2 camni mmg kena sebarkan

Anonymous said...

tu la..suruh buat solat malas..yoga jugak diorng nak buat.

suara said...

salam zamz...
saya pernah sertai yoga selama setahun. tapi yoga yang saya amalkan tak lebih dari senaman yg menekankan kepada gerakan 'streching' yg memang baik untuk badan. Kebanyakan streching yg di buat telah menjadi amalan arwah mak saya sejak lama dulu. Lamaaaa... sebelum saya mula dgr dan tahu ttg yoga lagi. Masa saya masih di sekolah rendah saya dah tengok arwah buat senaman.

Saya tak tahu apa yg salah dlm yoga (setakat beberapa gerakan yg ringkas dan saya amalkan). Mungkin antaranya sbb yoga ada gerakan yg mana tangan di satukan seolah-olah cara hindu bersembahyang. Tapi gerakan itu adalah pilihan yg mana kalau tak nak buat pun tak pe. Dan yoga yang saya sertai dulu, disertai hanya oleh perempuan.

Ketika fikiran di kosongkan atau di katakan juga bermeditasi, kita sebagai muslim boleh lakukan dgn cara memusatkan ingatan pada kebesaran Allah. Ketika setiap gerakan yg mengira 1 2 3 4 dan seterusnya, saya cuba penuhi dgn menyebut nama Allah, berzikir dan berselawat. Bukankah dgn mengingati Allah, hati akan jadi lebih tenang. Tak kira apa yg kita lakukan, hati perlu sentiasa menghala kepada Allah.

Lalu kerana itu yg saya amalkan dan lakukan, bagi saya yoga tak lebih dari senaman yg baik utk kesihatan. Berpeluh-peluh tau. Tapi saya tak mengah dan tercungap-cungap seperti bila saya berjogging.

Adakah akidah saya terpesong hanya dgn melakukan senaman yoga dgn gerakan terpilih dan memasukkan unsur zikir di dlmnya? Hanya Allah yang layak menilainya. Apapun, solat tetap saya utamakan. Itukan tiang agama...

Wallahualam.

Zamz said...

salam su..
betul tu sapa lah kita untuk menilai org lain tetambah benda yg invisible spt niat dan ibadah kita..

cuma kenyataan dari prof zakaria yg yoga boleh memesongkan akidah dan jugak concern dari pihak majlis fatwa ke atas cara senaman yg menyerupai pergerakan penyembahan dalam agama Hindu yg dipaparkan..setakat ni majlis fatwa pun belum keluar kan fatwa lagi..

cuma saya ada gak terpikir berkenaan dgn pemakaian barang kemas oleh lelaki yg diharamkan kerana dikatakan menyerupai perempuan...

walaupun lelaki tu takde niat nak menyerupai perempuan...perbuatan tersebut tetap haram

wallahualam

harap2 majlis fatwa boleh keluarkan fatwa secepat mungkin utk mengelakkan kecelaruan

Post a Comment