Darah Anda Diperlukan....


Pernah derma darah? Nampaknya Pusat Darah Negara memerlukan darah2 korang utk didermakan kpd yg memerlukan..kalau selalu kita derma duit ringgit..derma darah boleh selamatkan nyawa org..lagi hebat lah kan...bak kat prof izzie hj ali...selamat beramal..
KUALA LUMPUR: Pusat Darah Negara (PDN) merayu orang ramai supaya menderma darah bagi menambah bekalan darah di tabung darah yang agak berkurangan sejak kebelakangan ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, PDN menjelaskan ia memerlukan sebanyak 400 hingga 500 beg darah setiap hari bagi menampung keperluan darah di hospital sekitar Lembah Klang.

Simpanan darah yang sentiasa stabil amat penting bagi menampung keperluan rawatan seperti kes pembedahan, pemindahan organ, pesakit thalasemia, haemofilia, denggi berdarah dan sebagainya, kata PDN.

Orang ramai yang ingin menderma boleh datang ke PDN di Jalan Tun Razak di sini dari hari Isnin hingga Rabu mulai jam 7.30 pagi hingga 5 petang, Khamis dan Jumaat dari jam 7.30 hingga 8 malam dan Sabtu dari jam 7.30 pagi hingga 4 petang.

4 comments:

Adlan said...

alahai.. da lama tak derma darah.. asyik tertinggal je buku merah tu.. kan bagus kalo takpayah pakai buku da.. guna mykad ke.. baru canggih..!

Anonymous said...

salam kenai2

chemot ada linkkan post ni kat blog chemot.

Anonymous said...

tima kasih chemot

Anonymous said...

myadlan..maybe ada cara yg boleh memudahkan org nak menderma..tapi takde kad merah..boleh buat kad baru kan

Post a Comment