Kerajaan Baru Nak Kaji Kesan Negatif Jika Terus Turunkan Harga Petrol, Diesel

rasa kelakar pun ada bila kerajaan baru nak buat kajian sama ada nak turun kan harga petrol kalau harga minyak dunia turun lagi...

dulu masa nak naik takde ke buat kajian? masa tu pun harga minyak tak stabil lagi ..terus je naik sedass..

masa nak turun pulak baru nak buat kajian...pelik tapi benar...

LIMA 22 Nov. – Kerajaan akan mengkaji terlebih dahulu kewajaran untuk menurunkan lagi harga petrol dan diesel ketika harga minyak mentah di pasaran dunia merudum sehingga di bawah paras AS$50 (RM175) setong minggu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berada di sini kerana menyertai sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) berkata, pengurangan mendadak harga petrol dan diesel yang dilakukan ketika harga minyak tidak stabil boleh memberi kesan negatif kepada ekonomi dan konsumer jika dilakukan secara tidak berhati-hati.

"Saya tidak fikir harga minyak yang rendah itu akan terus berada di paras ini. Ada kemungkinan dalam masa terdekat harga minyak akan naik. Kalau kita kurangkan harga petrol dan diesel terlalu cepat, apakah ini bererti bila harga naik nanti kita perlu naikkan harga kepada pengguna. Ini satu aspek yang perlu diambil kira," katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang akhbar di sini hari ini.

2 comments:

Anonymous said...

Yg penting sekarang minyak dah turun...dulu punya cerita kasi diorang fikir..yg penting kita sentiasa bersyukur..tak gitu..

dua-dua keadaan ada hikmah, yg penting kita ambil pengajaran.

p/s : nak belajar jadi positif.

Zamz said...

to question doesnt mean kita tak bersyukur

minyak naik sekali gus sampai 2.70 pun kita sentiasa bersyukur..

cuma yg menjadi persoalannya kenapa dulu naikkan harga petrol bila harga minyak dunia naik laju tak buat kajian pun?

skrg nak turun kan harga petrol bila harga minyak dunia turun baru kita nak buat kajian..

implikasi lebih besar bila harga petrol dinaikkan

cthnya harga barang naik melambung, inflation pun naik..sampai skrg harga petrol turun pun harga barang still tak turun pada tempat yg sepatutnya...

asik kita je ambik pengajaran....mmg tu je yg kita mampu pun..hehe

Post a Comment