Larangan Bayi Di Tempat Duduk Depan

letak baby kat belakang dlm car seat pun ok gak sebenarnya

mmg bahaya kalau baby duduk depan..tetambah masa break kuat..
cuma kekadang kita selalu ambik ringan la benda camni kan..
tapi kalau dah ada undang2 camni mesti org kurang berani la kot

GOMBAK - Undang-undang tidak membenarkan bayi berada di tempat duduk penumpang hadapan kenderaan walaupun bersama penjaga mungkin digubal dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh, ini kerana ia mengancam keselamatan bayi ketika kemalangan kecil sekali pun.

"Kami menggalakkan ibu bapa untuk menggunakan kerusi khas bayi yang dilengkapi tali keselamatan.

"Bagaimanapun, jika tidak, ibu seharusnya berada di tempat duduk belakang dan bayi harus didakap kemas supaya jika berlaku kemalangan bayi tidak mendapat kecederaan serius," katanya yang ditemui ketika mengadakan Kempen Advokasi Keselamatan jalan raya di Tol Gombak di sini semalam.

Suret berkata, buat masa ini tiada undang-undang khusus yang tidak membenarkan bayi berada di tempat duduk penumpang hadapan.

0 comments:

Post a Comment