Jaringan Emas Aidil dan Asakan Rita Rudaini

kelakar plak baca ulasan bola nih...hehe

PENYERANG terbaik Chelsea, Nicolas Anelka sukar untuk menembusi benteng pertahanan skuad negara yang dikemudikan oleh Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak.

Ketika itu, kelab Liga Perdana England itu dalam rangka lawatan ke negara ini untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan.

Kelibat Aidil cukup tangkas pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu sehingga barisan penyerang Chelsea mendapati sukar untuk menembusinya.

Namun, kekentalan pemain berusia 21 tahun itu gagal menangkis 'asakan' Rita Rudaini Mokhtar yang mudah melepasi perangkap 'offsaid' sekali gus membawa mereka ke alam pernikahan.

Ia boleh dianggap 'jaringan emas' oleh Aidil musim ini.

Menariknya, cerita pernikahannya dengan pelakon wanita berusia 32 tahun telah menjadi rahsia di antara mereka berdua sahaja.

Pernikahan mereka telah pun berlangsung 25 Februari lalu di Songkhla, Thailand.

5 comments:

chekgu Bani Hassim said...

huhu...2 dalam 1...gosip dalam sindiran berbisa..
huhu...
tu la, budak2 kawen ngan pompuan matang...
kalau gitau, mak ayah halang pulak...budak tgh naik...

Cybernetics Mind said...

emmm...syoknya dapat jaringan emas kan...bestttt

Anonymous said...

tula chekgu bh parents mana yg senang anak muda remaja kawin dgn pompuan matured kan..tapi halang pun jadi masalah gak..so bawak berbincang la kan..boleh je terima kot

Anonymous said...

amboi cyberneticminds...jaringan emas apa yg best tu hehe

ryann said...

sinikal lah hehe. kreatif

Post a Comment