Musibah Sekadar Ujian Ketabahan, Ketakwaan

musim2 skrg ni byk betul musibah kan..banjir, tanah runtuh etc..semoga kita tergolong dalam golongan org yg sabar

Oleh Mohd Shukri Hanapi


MUSIBAH ialah bencana, kecelakaan atau malapetaka. Dalam erti kata lain, musibah dikaitkan dengan sesuatu yang tidak baik dan mendatangkan penderitaan kepada seseorang. Meskipun begitu, Allah menjadikan musibah sebagai ujian ke atas hamba-Nya.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar." (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Kemudian Allah jelaskan mengenai orang yang sabar dalam firman-Nya yang bermaksud: "(Iaitu) mereka yang apabila ditimpa musibah lalu berkata sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya (Allah) jugalah (tempat) kami kembali." (Surah al-Baqarah, ayat 156)


Dalam ayat itu Allah menyatakan bahawa setiap hamba-Nya akan diuji. Ujian Allah berlaku dalam pelbagai bentuk, seperti bencana banjir, tanah runtuh, kematian, kekayaan, kemiskinan, kesihatan dan kesakitan. Ini untuk membuktikan siapakah yang penyabar serta tetap bertuhankan Allah dalam apa juga keadaan ditempuhinya.

Jelaslah orang yang sabar itu tetap beriktikad bahawa diri mereka hamba dan milik Allah walaupun ditimpa musibah amat berat. Malah mereka sentiasa mengharapkan balasan pahala daripada Allah dan sentiasa takuti azab-Nya.

Ibn Kathir (1992) ketika mentafsir ayat itu menjelaskan: "Dengan melafazkan ayat ini menunjukkan seseorang itu menerima segala musibah menimpanya dan mengakui bahawa dirinya adalah hamba dan milik Allah. Allah berkuasa melakukan apa saja ke atas hamba-Nya."



4 comments:

Anonymous said...

sempat ko menghapdate dalam masa2 kritikal ni ek. haha :)

chekgu Bani Hassim said...

KO pun terkena tempiasnye ke Zamz??
Kalau terkena, aku doakan sy semua kesusahan tu diatasi dgn tabah dan sabar..

utk mereka yang ditimpa musibah, bersabarlah...
Semua itu ujian Allah..

Anonymous said...

knizam ..masa kritikal la best nak update baru mencabar hehe

Anonymous said...

chekgu bh..

terkena tu takde la...tempias tu biasalah..

Post a Comment