Yoga: Halal untuk Hindu, Haram untuk Islam

article yg menarik saja nak share.....panjang la sikit

Sisters In Islam (SIS) diberitakan menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) yang mengharamkan amalan senaman yoga. SIS menolak fatwa tersebut dengan alasan tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga sebagai haram. Menurut SIS, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti bahawa terdapat individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga.


"Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?" kata Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi.

Saya agak geli hati bercampur kesian mendengar hujah SIS ini. Nampak sangat SIS tidak faham apa yang dihujahkan. Jika kita menerima hujah SIS ini, yoga hanya boleh diharamkan jika terbukti ada pengamal yoga beragama Islam yang akhirnya menganut Hindu.

Yoga diharamkan oleh MFK bukan kerana wujud individu muslim yang bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman itu. MFK sebenarnya melihat kepada 'nature' amalan yoga itu. Jika amalan itu mempunyai unsur-unsur yang menyerupai amalan agama lain seperti agama Hindu, ianya tidak boleh dibenarkan di dalam Islam meskipun pengamal yoga itu tidak bertukar kepada agama Hindu.

Jika SIS mempelajari Islam dengan sempurna ia pasti mengetahui di dalam Islam ada satu kaedah yang dipanggil "saddu al -dzarai�e" (menutup pintu-pintu yang boleh membawa kepada perkara yang haram). Sebab itu di dalam Islam bukan zina sahaja haram, segala perbuatan yang boleh membawa kepada zina juga haram hukumnya berdasarkan kaedah "saddu al-dzarai�e" ini.

Atas dasar itu di dalam negara ini difatwakan pertandingan ratu cantik haram kerana ia boleh membawa kepada penzinaan. Jika kita mengambil hujah SIS, pertandingan ratu cantik tidak boleh difatwakan haram jika kita tidak mempunyai bukti mereka yang menyertai pertandingan ratu cantik tersebut terlibat dengan zina.

Alasan kedua mengapa SIS menolak fatwa pengharaman yoga adalah kerana pihak ia mempunyai alasan kukuh amalan yoga tidak lebih daripada sekadar satu senaman untuk kesihatan.

Saya tidak pasti sama ada SIS arif mengenai amalan yoga atau tidak. Tapi saya pasti SIS tidak arif dengan hukum Islam. Memandangkan SIS bukan golongan yang arif dengan hukum hakam Islam, ia tidak sepatutnya cuba menunjukkan 'taring' di dalam perkara ini.

Dan saya pasti MFK telah mengkaji dengan teliti amalan yoga tersebut sebelum memutuskan ianya haram. Ini kerana mengharamkan dan menghalalkan sesuatu perkara adalah suatu kerja yang amat serius.

Di sini saya ingin menukilkan apa yang dinyatakan oleh Ann Pizer di dalam About.com di bawah tajuk "Is Yoga a Religion" beliau antara lain menyatakan:

"Yoga does share some things in common with religion, including the study of ancient texts and gathering of like-minded individuals for study under a learned teacher, but these things alone do not constitute a religion. Though some yoga practices encourage meditation on a universal spirit, which may even be called God, the nature of that God is left open to interpretation."

Mengenai matlamat Yoga dinyatakan di salah satu laman sesawang mengenai Yoga adalah seperti berikut:

"According to the Yoga Sutras of Patanjali, the ultimate aim of Yoga is to reach 'Kaivalya' (emancipation or ultimate freedom). This is the experience of one's innermost being or 'soul' (the Purusa). Then one becomes free of chains of cause and effect (Karma) which tie us to continual reincarnation. In Kaivalya one is said to exist in peace and tranquillity, having attained absolute knowledge of the difference between the spiritual which is timeless, unchanging and free of sorrows, and the material which is not."

Saya rasa jika yoga hanya satu senaman atau sukan semata-mata MFK sudah pasti tidak akan mengeluarkan fatwa mengharamkannya. Sudah pasti Yoga lebih dari sekadar satu senaman semata-mata.

Sebenarnya saya sendiri sudah dapat mengagak bahawa SIS pasti akan menentang fatwa ini. SIS terkenal dengan pandangan yang kritis dan kadangkala agak menyimpang dari ajaran Islam. Sebelum ini SIS pernah memberi pandangan-pandangan di dalam isu-isu tertentu.

Dalam isu poligami SIS dalam kenyataan media bertarikh 10 April 2008 antara lain menyatakan:

"... Oleh itu isu yang patut dibincangkan di dalam masyarakat kita bukanlah sama ada poligami sepatutnya dibenarkan semula kepada golongan bukan Islam di bawah undang-undang sivil tetapi sama ada poligami sepatutnya harus diteruskan di bawah undang-undang keluarga Islam... Orang Islam sepatutnya mendahului masyarakat yang lain di dalam perjuangan menentang poligami dan penyalahgunaannya."

Dalam isu tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang enggan mendaftarkan nama anak orang Islam yang dilahirkan luar nikah dari dibinkan dengan bapa asal mereka; meskipun tindakan JPN itu selaras dengan Islam, SIS bersama-sama Joint Action Group for Gender Equality (JAG) telah mengekuarkan kenyataan media bertarikh 16 Mei 2008 menentang tindakan JPN itu.

Alasan yang diberikan adalah meskipun anak tersebut dilahirkan di luar nikah adalah tidak salah ia dibinkan dengan bapa asalnya. Malah menurut SIS, JPN juga hendaklah mendaftarkan nama anak di luar nikah yang dibinkan dengan bapa asalnya di dalam surat beranak anak tersebut.

SIS menyatakan sama ada di sisi undang-undang atau dari segi pentadbiran, persoalan anak dilahirkan di luar nikah tidak penting dan sebagai jabatan kerajaan, JPN tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan yang melibatkan isu moral.

Di dalam isu pemberian kondom untuk memerangi HIV, SIS menyokong saranan Kementerian Kesihatan. Bagi SIS, mengamalkan seks yang selamat (safe sex) adalah tanggung jawab lelaki dan wanita (lihat kenyataan media SIS bertarikh 2 Jun 2008 di dalam akhbar The Star).

SIS mengharapkan Kementerian Kesihatan memperuntukkan belanja yang besar untuk memberikan kondom secara percuma kepada mereka yang memerlukan seperti penagih dadah dan pasangan mereka.

Bagi PAS, kita ingin menasihati orang Islam supaya menghormati fatwa tersebut. Fatwa itu berniat baik bertujuan menjaga akidah orang Islam. Orang bukan Islam tidak perlu bimbang. Ianya hanya diharamkan kepada orang Islam sahaja. Tidak timbul Islam menghina agama Hindu di dalam isu ini sepertimana yang saya difahamkan cuba dimainkan oleh sesetengah golongan yang tidak bertanggung jawab.

Jika yoga adalah sesuai dengan agama Hindu, Islam menghomatinya tetapi penghormatannya bukanlah dengan membenarkan penganut Islam mengamalkan amalan yoga tersebut.

Jika orang Islam menentang fatwa yoga selepas ini mungkin mereka mendapat ilham dari pemimpin yang melanggar fatwa bertafakur di Tugu Negara. Manusia mengikut agama pemimpin mereka.- sumber

5 comments:

Desperado said...

Ini bukan Sister in Islam nih...ni Sister out of Islam...bangang...tak tahu apa yang diperjuangkan..ISLAMIST LIBERAL, bahaya depa nih!

zamz said...

tulah pelik guna nama islam tapi go against islam

Eriyza said...

Benda yg mendatangkan keraguan malah disahihkan haram takyah laa dok ikut.

zamz said...

tulah ramai yg guna logik je bila taknak ikut fatwa nih..rasa diorang lebih hebat

Anonymous said...

Tiada sesiapa yang mendesak kaum muslim untuk belajar yoga.Mereka yang mengenali keunikan dalam seni yoga sendiri yang komited untuk mempelajarinya.Dan seperkara lagi,halal dan haram hanya untuk orang islam.Jangan kaitkan halal dan haram dengan dengan agama orang hindu.

Post a Comment