Jom Ikat Perut

skrg dah ada rawatan utk ikat perut ek, maksudnya perut tu akan dikecilkan dgn cara diikat kot. so senang sikitla sebab bukan sume org boleh diet kan, ada yg exercise sampai pengsan pun tak kurus2 gak..tapi selalunya utk org obes je

PEMBEDAHAN ikat perut atau mengecilkan perut dianggap sebagai langkah terakhir yang boleh diambil bagi individu obes selepas semua kaedah lain seperti bersenam, mengubah tabiat makan atau mengambil ubat mengikut arahan doktor tidak memberi kesan diharapkan.

Pembedahan ini bukan untuk cantik, sebaliknya bertujuan meningkatkan tahap kesihatan kerana individu obes mempunyai risiko mendapat pelbagai penyakit, termasuk serangan jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi dan strok.

Walaupun gemuk, anda tidak semestinya layak mendapatkan rawatan ini kerana ia direka khusus bagi individu yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 32 kg/m² bagi penduduk Asia atau 35 kg/m² untuk penduduk Barat. BMI dikira dengan membahagikan berat dalam kilogram dengan tinggi dalam ukuran meter yang diganda duakan.

Mengapa kaedah ikat perut ini dikhususkan bagi kumpulan tertentu saja? Menurut Perunding Bedah Gastrointestin Pusat Perubatan Pantai, Datuk Dr Abdul Fahmi Karim, bagi kumpulan ini, peluang menurunkan berat badan melalui kaedah konvensional (menjaga makan dan bersenam) amat rendah iaitu kurang daripada 10 peratus.

Sebaliknya, kumpulan ini paling banyak berdepan risiko kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, paras kolesterol tinggi, penyakit jantung atau strok, terutama jika mereka mengalami masalah berat badan sejak muda.

6 comments:

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

atuk sedara saya buat operation ini~

hu3~

makan memang sedikit jer pastu...

if t'lebih, akan t'keluar~

Zamz said...

yeke zara..ingatkan org tua susah nak buat..
kalau terlebih terkeluar kat mana

*secret said...

inikah gastric banding?
sye pna bce cite sowang kakak ni..
die taleyh mkn yg keras2 even juice yg ade pulp..
sume mesti diblend halus2..
tp mmg pat trunkan berat aa..
tp kne slalu aa g ketatkan band tu..
takotnye,tp bes pulak pat kurus ni..

Zamz said...

betulla tu secret..tapi tak tau plak sampai camtu sekali takleh makan..cuma dr akan cakap boleh makan cuma kena kunyah betul2 lah..
mmg cepat kurus la kan dah tak makan..
tak sure plak kalau lama2 bleh bukak ke tak..another operation la kalau nak bukak kan

meo188 said...

si gemuk comel... huhuhuhuhu

Zamz said...

tula gemuk selalu comelkan hehe

Post a Comment