Tulang Rakyat Palestin Keluarkan Bau Wangi

SUNGAI BULOH: Pengalaman menyaksikan sendiri serpihan daging dan tulang rakyat Palestin yang terlekat di dinding bangunan akibat dibom tentera rejim Zionis menjadi detik paling sukar dilupakan jurufoto The New Straits Times Press (NSTP) Berhad, Tun Izhar Tun Ishak yang berkesempatan membuat liputan secara dekat untuk melihat penderitaan rakyat Palestin di Gaza, baru-baru ini.

“Mulanya ngeri juga melihat daging dan tulang yang sengaja tidak dicuci penduduk tempatan. Bagaimanapun, perasaan saya bertukar daripada ngeri menjadi terharu sebaik melihat dari dekat mayat terbabit.

“Ajaibnya, tulang yang terlekat itu langsung tidak berbau busuk, malah mengeluarkan bau wangi. Mungkin mereka ini termasuk golongan syahid yang dijanjikan syurga.

“Selain itu, satu lagi pengalaman tidak dilupakan apabila terlihat kesan comot seolah-olah palitan coklat pada muka seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang sebenarnya terkena bedilan senjata berisi fosforus,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pameran Foto Gaza di Restoran Jejantas Sungai Buloh di sini, semalam. Full Article


7 comments:

Ifat said...

subhanallah....hanya itu yang bisa saya katakan

CAHAYA said...

besar kejadianNya. :)

myfr3ak said...

Semoga mereka semua aman disana.. kalau la malaysia ni buat macam kat indon, rekruit orang utk berjihad kat sana..

hmm

IxoRa said...

Ambil iktibar di atas apa yg terjadi. Semuanya ketentuan dr NYA. Sedekahkanlah Al-Fatihah ke atas mereka yg terkorban....amin.

Tirana said...

Moga kita mendapat iktibar dari kisah ini...

AHMADSUFI6177 said...

allahhuakbar... semuanya kekuasaaan allah..

Mak Su said...

petunjuk dariNya

Post a Comment