Jalan2 Cari Kuching


weh penat sungguh hari2 yg lepas nih..sampai rasa cam takde masa lak nak update blog aku nih..

tapi takpela aku cite la serba sikit pasal trip aku ke kuching..mana la tau satu hari korang pun nak ke sana..bolehla dijadikan panduan


sebenarnya trip aku ni bukanla holiday semata tapi kira menyelam sambil minum air la sbb my the other half ada keja kat sana..

dipendekkan cite..kitorang sampai kat airport kuching tu dlm tgh hari dan terus gi cari teksi...

sebelum apa2 aku pesan kat korang teksi kat sana boleh tahan mahal gaklah (ni pada pandangan akulah)
kalau ikutkan, nak je aku sewa keta sbb aku nampak keta kancil sewa dlm rm100 sehari..wira dlm 130 camtulah...

masalahnya aku tak tau jalan..tu je hehe
agaknya kalau aku tau jalan mmg aku dah sewa terus dari airport tu..

so perjalanan kitorang dari airport ke bandar kuching dlm 20 minit je..kenala rm 22


kitorang stay kat hotel crowne plaza riverside, boleh tahan gak lah biliknya rate dalam 2 ratus lebih, betul2 mengadap sungai sarawak..kalau amik hotel yg jauh sikit dari sg sarawak ni rasanya murah sikit..

ni waterfront waktu malam..nampak cantiklah
hotel ni mmg very convenient..bawahnya ada shopping complex..seberang jalan plak ada 7-11 in case korang nak beli apa2 lah...
dari waterfront ni boleh nampak hilton hotel, kat sebelahnya riverside hotel

kat sebelah sg sarawak nilah terletaknya kuching waterfront..malam2 kat sini ada jual souvenir dan tempat2 makan...tapi kalau korang betul2 nak beli souvenir pegi tempat lain la lagi murah..

kat hujung waterfront ni ada bazaar..kalau nak souvenir mcm fridge magnet ke kat sini ada lah...kalau korang nak blog dari kuching pun boleh sbb kat sini ada cybercafe

ni view dari dalam bilik hotel, kat seberang tu la korang boleh beli kek lapis..naik je sampan tu

kat sg sarawak ni korang boleh naik sampan utk cross the river..kat seberangnya korang boleh beli kek lapis...nama nya kek lapis dayang salihah.....mcm2 kaler siot..kagum gak la aku tgk..

kat situ korang siap boleh rasa lagi seberapa byk yg korang suka

satu kek lapis dlm rm 10


kalau korang takut nak naik sampan tu yg tak sampai 1 ringgit..korang kena amik teksi utk round tapi tambangnya rm40..korang pilihlah sendiri hehe


nanti aku cite pasal tempat makan kat kuching plak

21 comments:

Kucing Bunted said...

hy... dsini ada kucing... ^__^

IxoRa said...

Ada gi Pasar Satok tak ?

;D

KNizam said...

ada nampak buaya ke idak ? hehe

KNizam said...

ada makan mee kicap ngan teh c peng tak ?
review la sket. hehe

Zamz said...

kucing bunted..sini pun ada kuching hehe

Zamz said...

ixora ada gi pasar satok..tapi gi makan je..nantila letak dlm next posting plak

Zamz said...

knizam..ada buaya kat crocodile farm..kat sg sarawak tu diorang cakap dah takde sbb ada kincir air

nanti aku buat specific posting pasal taman buaya..aku tau hang sukakan

dasar buaya darat ekekeke

Zamz said...

mee kicap ke..mee kolok ada laa

Chekgu BaniHassim said...

nizam kalau cakap pasal makan cukup suke...
kek lapis pun ade gak...suke...!
tapi mahal...nak makan pun kene cerai2kan lapisnye..

Zamz said...

chekgubh ..rm10 kira okla tu..susah wo nak buat kek lapis tu..

dasat betul sampai nak ceraikan lapisnya hehe

Myza said...

Kek lapis RM10 tu besar mana? Takkan la yg besar RM10? Mesti yang saiz 1/3 drp yg besar tu! Tapi kek lapis dorang mmg sedap! Biasa beli online je from Sarawak.

Jard The Great said...

awwwwwwww... rindunya sama kuching!!! dah lama aku tak turun sarawak..

nyum.. nyum.. sedapnya kek lapis.. peh!

dins said...

ni pakai camera 5800 ke zmaz?

Li said...

wah kapan yaa kesana....
salam kenal yaa...

zamz said...

myza camana nak tunjuk besar mana ek..tak sempat tangkap gambar aritu hehe

zamz said...

jard ..mmg penah duduk swak ke

zamz said...

mana ada la dins..camera biasa je

zamz said...

Li salam kenal

penjenayah.merah.jambu. said...

sarawak..tanah airku... *ceh,nyanyi lagu sarawak pulak* hehe
kuching mmg bestttt!
pergi bako tak? cantik sgt tempat tu tau!!
sempat tak mkn mi kolok?aduhhhh..rindu sgt nk blek sane..

Zamz said...

penjenayah merah jambu...mmg asal kuching ke..

bako tak pegi..tapi mi kolok mmg sempat makan..rasa mcm maggi je hehe

揚州炒飯Penny said...

徵信社,徵信,徵信,徵信社,外遇,尋人,徵信公司,徵信,抓姦,徵信,徵信社,徵信,抓姦,抓姦,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信社,抓姦,徵信,外遇,徵信社,,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信社,徵信社,徵信,錄音,背叛,商標,商標,GPS,離婚

Post a Comment