Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Tahniah!!! Harimau Muda Tewaskan Garuda Muda



Puas hati tgk bola malam ni. walaupun menang penalti. yang penting menang. tahniah utk semua pemain dan jurulatih. first time aku tgk bola rasa cam tgk cite hantu. suspense memanjang. harap2nya semua pemain malaysia akan terus mencipta kejayaan.

tapi aku tak suka betulla commentator bahasa melayu kat astro..negative bangat. apalah..positive la sikit. tak tau pulak sukan sea pun ada anugerah pemain terbaik hehe.

Bola sepak: Chelsea, Liverpool Bertemu Malaysia Julai

KUALA LUMPUR: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea dijadualkan menentang Malaysia pada 21 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil, dalam siri lawatannya ke Asia.

Pengarah Urusan ProEvents yang juga penganjur perlawanan, John Merritt, berkata tiket perlawanan akan mula dijual esok, di mana pembelian menerusi dalam talian pada 30 Mei ini.

Sementara itu, Liverpool turut dijangka berada di Malaysia Julai depan, bagaimanapun, tarikh perlawanan antara kesebelasan utama negara masih belum diumumkan. - AFP

Ringgit Dijangka Cecah RM2.20 Berbanding Dolar AS Menjelang 2012: MIA

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mencecah RM2.20 berbanding dolar AS menjelang 2012, berikutan pengukuhan berterusan mata wang tempatan itu, kata Presiden Persatuan Pelabur Malaysia (MIA), Datuk Dr P.H.S. Lim.

"Ringgit, serta mata wang Asia yang lain, semakin menarik dan laris disebabkan oleh masalah kewangan selanjutnya dalam kesatuan Eropah dan memomentum ekonomi AS yang semakin perlahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Lim berkata keluaran dalam negara kasar Asia dijangka mencecah 7.1 peratus berbanding purata global iaitu 4.8 peratus bagi 2011. Beliau berkata Rizab Persekutuan AS sedang menyerap bil Perbendaharaan bernilai AS$600 bilion dan pada masa yang sama, mencetak lebih banyak wang kertas baru.

"Ini menyebabkan beberapa kerajaan menyarankan emas digunakan sebagai rizab, sekali gus menyebabkan harga emas melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,364 bagi seauns," katanya.

Lim berkata, kerajaan AS terus memberikan tekanan kepada China untuk memperkukuh renminbi agar barangan China kurang berdaya saing.
Bagaimanapun, kata Lim, mata wang bukan satu-satunya faktor dalam pengeluaran dan perkhidmatan.

"Upah AS terlalu tinggi dan merupakan 60 peratus daripada keseluruhan kos pengeluaran dan perkhidmatan," katanya sambil menambah bahawa perang perdagangan dan mata wang saling berkait.

"Kita telah melihat perang perdagangan AS-Jepun dalam tahun-tahun 80-an dan sejarah sentiasa berulang. Sesetengah negara mencadangkan agar mata wang Amerika digantikan sebagai mata wang dan rizab antarabangsa," katanya.

Malah, banyak bank pusat meletakkan rizab di bawah nilai mata wang lain dan emas, katanya.

Beliau berkata pengurus dana, pelabur antarabangsa terus membeli emas dan wang panas memburu aset Asian dan Brazil, Russia, India dan China, hingga mencetuskan kebimbangan tentang inflasi.

Lim berkata, EU menghadapi satu lagi pusingan krisis kewangan dan memerlukan 440 bilion (1 Euro=RM4.14) bagi langkah-langkah menyelamat anggota-anggotanya yang dibelenggu hutang.

EU dan tabung Kewangan Antarabangsa telah menubuhkan dana bernilai 750 bilion untuk membantu Greece pada Mei, katanya.

"Kini Sepanyol menghadapi kemungkinan berlakunya krisis kewangan. Beberapa negara anggota tidak begitu gembira untuk menyediakan dana tambahan bagi kestabilan kewangan Eropah.

"Keadaan ini mungkin mendorong mata wang dan harga emas di Asia meningkat lagi," katanya. - BERNAMA 

waa dasat tu 2.20..kalau ikut fundamental mungkin ya..tapi macam2 faktor la forex nih..baru nak perang kat korea..abis investor lari balik US..dah ringgit weaken balik sampai 3.15 dari 3.09

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan


salam semua. selamat menyambut hari kemerdekaan. 
semoga malaysia dan rakyatnya sentiasa merdeka dan aman makmur selamanya tetambah di bulan ramadhan al-mubarak nih.

Keputusan Perlawanan Piala Thomas: Malaysia Tewas Kepada Jepun 2-3 huhuhu

Rasa cam nak sakit jantung tengok game tadi..tak penah2 msia kalah dgn jepun, kat tempat sendiri pulakla nak kalah. 

aku sempat tgk game2 yg msia kalah je bila sampai rumah. paling tak puas hati tgk second double main. aku rasa sampai kat hafiz hashim mmg pressure dah on msian team. nasib baik dah qualify ke quarter final kan. kalau tak malu je kat tempat sendiri. hopefully msian team akan bangun dari tido lepas ni dan pikir2kan camana nak mengulangi kejayaan tahun 92. 

masa tahun msia champion tu aku kat asrama, siap panjat dinding tu nak tgk msia lawan final sbb tv cinonet je, pastu yg tgk pulak tak reti2 nak duduk. tapi semangat punya pasal bergayut kat dinding pun tak kisah hehehe

Jom Tengok 2010 Malaysian Grand Prix F1

Salam Ahad.

Nampaknya hari ni adalah hari tumpuan untuk peminat2 F1 lagi2 pulak race kat Malaysia. Sapa2 yg dah ada ticket tu, sure dah ada kat sana tak pun dah on the way pun sebab event dia start awal jugak bermula dgn race2 kategori lain.

Teringat pulak masa aku first time pegi tgk F1 tahun 2002 dulu, excited gile bila dgr bunyi engine keta F1 yg macam bunyi engine jet tu haha. Last2 tak tahan pegi gak beli penutup telinga, harga mahal beb. Tapi kalau aku tak beli karang mau balik terus jadi pekak pulak sebab masa tu dapat tempat duduk kat grandstand. Mmg kat situ la tempat diorang nak pecut pun sebab jalan straight.

Ni dah 2 tahun tak pegi rasa mcm boring gak bila tgk kat rumah. Tp relax sikitla boleh tgk dgn tenang takyah la nak berpanas2 kat sana hehe. foc lagi pun hehe.

So utk peminat2 F1, race arini start pukul 4. starting grid arini nampaknya mark webber akan lead the race.


result qualifying nih dari sini

this year gak mcm best sikit sbb ada 2 team yg boleh di associate kan dgn team malaysia. more reason to watch F1 kan.

Malaysia Economy Grows 4.5% In 4th Quarter



PUTRAJAYA, Feb 24 (Bernama) -- The 4.5 per cent growth in Gross Domestic Product (GDP) achieved in the fourth quarter of last year is unexpected, says Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

The growth stemmed from strengthened domestic and external demand," said Najib, who is also Finance Minister, when announcing the economic performance for the quarter Wednesday.

Last year, the country's economic growth contracted to minus 1.7 per cent, lower than the projected three per cent, he said.

The economy recorded a contraction in three quarters -- 6.2 per cent in the first quarter, 3.9 per cent in second quarter and 1.2 per cent in third quarter, he said.

Asked for this year's forecast, Najib said: "We are quite bullish about this."

On whether the worst was over for the country's economy, he said that it was over provided that nothing seriously unexpected with respect to the global economy.

"For example, any major sovereign collapse barring unforeseen circumstances of that nature, we could safely say that we have recovered from the crisis and we should be looking forward to a strong growth for 2010."

nampaknya ada possibility interest rate nak naik nih..kena la bayar higher amount for housing loan utk sesapa yg based on BFR/BLR huhu

Terkaya di Malaysia


KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia terus mencatat peningkatan dengan kekayaan mereka yang terkumpul bernilai RM156.7 bilion pada 15 Jan atau 63 peratus lebih daripada RM96.3bilion berikutan pemulihan dalam pasaran saham, demikian didedahkan hasil satu kaji selidik oleh Malaysian Business.

Bagaimanapun, menurut kenyataan hasil kaji selidik majalah itu yang dikeluarkan hari ini, kekayaan terkumpul mereka masih kurang daripada RM171.9 bilion yang direkodkan pada 2008.

Penanda aras FBM KLCI telah meningkat 44.3 peratus sejak kaji selidik terakhir ketika masyarakat dunia berusaha bangkit semula berikutan krisis kewangan global.

Senarai penuh 40 orang terkaya dan maklumat mengenai kekayaan mereka telah diterbitkan dalam majalah itu dalam keluaran 16 Februari. Seperti tahun lepas, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Jan tahun ini.

Kaji selidik itu juga menunjukkan hampir separuh daripada senarai yang tercatat tahun ini melonjak 50 peratus atau lebih.

Ada lebih jutawan tahun ini -- 22 orang iaitu lebih lapan orang berbanding tahun lepas.

1. Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya "Raja Gula" tahun lepas, masih mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.

2. Ananda Krishnan Hartawan telekomunikasi dengan kekayaan RM27 bilion

Selamat Hari Wilayah


salam semua. sempena hari wilayah pd 1 februari macam2 gak rasanya aktiviti yg diadakan. boleh check kat website kementerian wilayah persekutuan nih.

tapi aku macam biasalah. antisosial. belum pernah lagi aku pegi event2 camni. kalau ada pun setakat tgk kat tv. nasib baik tak semua org macam aku. sia2 je diorang buat mcm2 event. hehe

tapi yg surenya arini mmg best sbb wilayah je cuti. selalunya negeri2 lain ada byk cuti tapi kl kena keja. so arini jelah nak eksyen pun hehe.

kepada yg bekerja tu, selamat bekerja - tingkatkan prestasi kurangkan mkn nasi hehe

Malaysia Ke Final Bolasepak Sukan SEA Selepas Tewaskan Laos 3 - 1

rasanya cam dah lama msia tak masuk final kan..
rasa bangga plak dgn pasukan msia..walaupun aku jarang2 tgk diorang main

harap2nya lawan vietnam nanti bolehla try menang pingat emas pulak..the other semi vietnam kalahkan spore 4-1 kot

Kanak2 Lelaki 11 Tahun Mangsa Keenam H1N1 di Msia

dah 6 org meninggal kat Msia ni kan..makin ramai plak..

New Office Policy Masa Gawat...huhuhu

EFFECTIVE :Immediately

NEW OFFICE POLICY

Dress Code:
1) You are advised to come to work dressed according to your salary.

2) If we see you wearing Prada shoes and carrying a Gucci bag, we will assume you are doing well financially and therefore do not need a raise.

3) If you dress poorly, you need to learn to manage your money better, so that you may buy nicer clothes, and therefore you do not need a raise.

4) If you dress just right, you are right where you need to be and therefore you do not need a raise.

Sick Days:
We will no longer accept a doctor's statement as proof of sickness. If you are able to go to the doctor, you are able to come to work.

Personal Days:
Each employee will receive 104 personal days a year. They are called Saturdays & Sundays.

Bereavement Leave:
This is no excuse for missing work. There is nothing you can do for dead friends, relatives or co-workers. Every effort should be made to have non-employees attend the funeral arrangements in your place. In rare cases where employee involvement is necessary, the funeral should be scheduled in the late afternoon. We will be glad to allow you to work through your lunch hour and subsequently leave one hour early.

Bathroom Breaks:
Entirely too much time is being spent in the toilet. There is now a strict three-minute time limit in the stalls. At the end of three minutes, a n alarm will sound, the toilet paper roll will retract, the stall door will open, and a picture will be taken. After your second offense, your picture will be posted on the company bulletin board under the 'Chronic Offenders' category. Anyone caught smiling in the picture will be sectioned under the company's mental health policy.

Lunch Break:

* Skinny people get 30 minutes for lunch, as they need to eat more, so that they can look healthy.

* Normal size people get 15 minutes for lunch to get a balanced meal to maintain their average figure.

* Chubby people get 5 minutes for lunch, because that's all the time needed to drink a Slim-Fast.

Thank you for your loyalty to our company. We are here to provide a positive employment experience. Therefore, all questions, comments, concerns, complaints, frustrations, irritations, aggravations, insinuations, allegations, accusations, contemplations, consternation and input should be directed elsewhere.

The Management

pheewwhhh

Malaysia VS Manchester United ~ 18 July 2009


dulu2 teringin gak nak tgk game camni..first time aku tgk chelsea lawan msia kot

tapi rasa tak best plak bila msia mcm tak melawan pun...yela mmg expected pun cuma rasa cam tak best je bila team lagi satu pun main cam nak tak nak je

tapi sesapa yg suka gak nk tgk bolehla gi std bkt jalil 18hb nih

agak2 michael owen ada tak

Rakyat Malaysia Lebih Utamakan Kerjaya Berbanding Keluarga?


dalam zaman yg byk menuntut keperluan material dan segala benda yg serba mahal nih..mmg punca pendapatan adalah sangat penting bagi sesiapa saja

kalau kita tgk kan org sanggup spend masa berjam2 lamanya kat office, siap stayback sampai malam sebab nak siapkan kerja..ada gak yg balik rumah pun bawak keja balik..selagi tak tutup mata keja keja keja

bila balik rumah anak pun dah tido..esok pagi pegi keja anak pun tak sempat jumpa jugak..

tapi keadaan ni mungkin byk berlaku di kawasan bandar2 di mana semuanya serba sibuk dan mencabar..kalau kat kampung2 mungkin tak berlaku kot..

mungkin ada yg tak setuju dan setuju dgn survey nih..tapi yg penting kita cermin2 kan diri kita sendiri lah...tepuk dada tanya hati sendiri

Button Wins F1 Season-Opening in Australia



tak sempat tgk F1 tadi..nampaknya kat australia tadi team Brawn Mercedes yg menang

team baru la ni..siap menang 1-2 tuu button and barrichello

hamilton plak walaupun starting petak 18, leh dpt no. 3 not bad kan

alonso no 5, kimi plak no 16 tu...apa2 pun still early lah

hopefully competition this year will be more interesting

lepas ni race kat msia pulak 03-05 April 2009..

ada sapa2 nak bagi tiket free tak hehehe

Foto: AFP and F1

Jalan2 Cari Kuching


weh penat sungguh hari2 yg lepas nih..sampai rasa cam takde masa lak nak update blog aku nih..

tapi takpela aku cite la serba sikit pasal trip aku ke kuching..mana la tau satu hari korang pun nak ke sana..bolehla dijadikan panduan


sebenarnya trip aku ni bukanla holiday semata tapi kira menyelam sambil minum air la sbb my the other half ada keja kat sana..

dipendekkan cite..kitorang sampai kat airport kuching tu dlm tgh hari dan terus gi cari teksi...

sebelum apa2 aku pesan kat korang teksi kat sana boleh tahan mahal gaklah (ni pada pandangan akulah)
kalau ikutkan, nak je aku sewa keta sbb aku nampak keta kancil sewa dlm rm100 sehari..wira dlm 130 camtulah...

masalahnya aku tak tau jalan..tu je hehe
agaknya kalau aku tau jalan mmg aku dah sewa terus dari airport tu..

so perjalanan kitorang dari airport ke bandar kuching dlm 20 minit je..kenala rm 22


kitorang stay kat hotel crowne plaza riverside, boleh tahan gak lah biliknya rate dalam 2 ratus lebih, betul2 mengadap sungai sarawak..kalau amik hotel yg jauh sikit dari sg sarawak ni rasanya murah sikit..

ni waterfront waktu malam..nampak cantiklah
hotel ni mmg very convenient..bawahnya ada shopping complex..seberang jalan plak ada 7-11 in case korang nak beli apa2 lah...
dari waterfront ni boleh nampak hilton hotel, kat sebelahnya riverside hotel

kat sebelah sg sarawak nilah terletaknya kuching waterfront..malam2 kat sini ada jual souvenir dan tempat2 makan...tapi kalau korang betul2 nak beli souvenir pegi tempat lain la lagi murah..

kat hujung waterfront ni ada bazaar..kalau nak souvenir mcm fridge magnet ke kat sini ada lah...kalau korang nak blog dari kuching pun boleh sbb kat sini ada cybercafe

ni view dari dalam bilik hotel, kat seberang tu la korang boleh beli kek lapis..naik je sampan tu

kat sg sarawak ni korang boleh naik sampan utk cross the river..kat seberangnya korang boleh beli kek lapis...nama nya kek lapis dayang salihah.....mcm2 kaler siot..kagum gak la aku tgk..

kat situ korang siap boleh rasa lagi seberapa byk yg korang suka

satu kek lapis dlm rm 10


kalau korang takut nak naik sampan tu yg tak sampai 1 ringgit..korang kena amik teksi utk round tapi tambangnya rm40..korang pilihlah sendiri hehe


nanti aku cite pasal tempat makan kat kuching plak

Jom Jalan2 Cuci Mata Kali ke Berapa Ntah


dah nak cuti sekolah ni kan..masa yg sesuai utk bercuti..

rasa letih betul..bila tiap2 ari asik pikir pasal keja..nak buat posting pun tak sempat

jom jalan2 cuti2 msia..kali ni nak try ubah angin la plak..

asik angin barat je..try angin timur plak kan..rasa camana plak hehe

RM60 Bilion Untuk Pulihkan Ekonomi

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan suntikan tambahan RM60 bilion menerusi satu lagi pakej bagi merangsang sektor penting dalam ekonomi negara untuk memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat dalam mengharungi kebimbangan prospek ekonomi sejagat yang suram.

Ketika membentangkan pakej rangsangan itu, yang kedua seumpamanya dalam tempoh lima bulan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pakej untuk tempoh dua tahun itu mengandungi empat teras iaitu mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan; meringankan beban rakyat terutama golongan mudah terjejas; membantu sektor swasta menghadapi krisis; dan membina keupayaan masa depan.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan pakej itu di Dewan Rakyat, berkata kerajaan beriltizam untuk melakukan segala yang termampu untuk mengukuhkan keyakinan rakyat dan meringankan keperitan yang dirasai terutamanya kepada mereka yang mudah terjejas.

"Memandangkan senario ekonomi global yang meruncing maka pakej rangsangan kedua ini perlu bersifat lebih komprehensif dan bersaiz besar yang menjangkau lebih banyak sektor ekonomi dan kumpulan sasaran.

"Ini termasuk pekerja, pengguna, pelabur, peniaga kecil dan sederhana, pengeksport dan graduan menganggur," katanya.

Tanpa berselindung mengenai kegusaran prospek ekonomi global, Najib bagaimanapun berkata, beliau yakin Malaysia mampu untuk berdepan dengan persekitaran yang sukar seperti beberapa krisis yang terdahulu dengan adanya semangat bersatu dalam kalangan rakyat.

Katanya, Malaysia tidak boleh bergantung kepada dasar pemulihan ekonomi ortodoks, sebaliknya mesti berani merangka kaedah inovatif untuk menangani krisis itu.

"Kita sudah mula kedengaran suara rakyat yang mahu kerajaan dan pembangkang untuk melaksanakan usaha memulihkan semula ekonomi negara dalam keadaan kegawatan ekonomi global dan mengetepikan kemelut politik.

"Saya sendiri menerima saranan ini dengan hati yang terbuka. Kita perlu peka kepada saranan rakyat yang semakin lantang dan kerap diutarakan supaya kerajaan dan pembangkang memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat," katanya sambil mengajak pembangkang untuk sama-sama berganding bahu dalam usaha itu.

"Besar harapan semua, bila berdepan dengan ribut ekonomi yang melanda, kita akan sentiasa sepakat sekata, sederap usaha, memikir melaksana apa yang terbaik untuk rakyat jelata," katanya.

Najib berkata, Malaysia terpaksa menerima hakikat bahawa ekonominya yang begitut erbuka akan mengalami tekanan berikutan kegawatan ekonomi global akibat kejatuhan nilai eksport, eksport komoditi yang terjejas, pelaburan langsung asing (FDI) berkurangan dan kejatuhan pasaran saham Bursa Malaysia.

Bagi menangani pengangguran, peruntukan pakej itu akan disalurkan ke arah menyediakan 163,000 peluang latihan dan pekerjaan, membiayai kos pengajian bagi program peringkat sarjana dan kedoktoran falsafah serta memberi insentif potongan cukai kepada majikan yang menggaji pekerja yang diberhentikan.

Menurut Najib, kerajaan akan mengambil 63,000 kakitangan untuk mengisi kekosongan jawatan, termasuk 13,000 jawatan pegawai kontrak.

Peluang pekerjaan lain ialah 4,000 tenaga kerja untuk skim perkhidmatan singkat; 1,000 siswazah sebagai guru kontrak; 800 pekerja kontrak bagi Program Cari di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; 1,000 pembantu kesihatan kontrak; 4,500 pegawai banci kontrak; serta 1,700 jururawat dan kakitangan sokongan hospital.

Tenaga kerja skim perkhidmatan singkat dengan kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menerima gaji RM1,200 sebulan manakala guru kontrak siswazah dibayar gaji RM2,000 sebulan.

Bagi membantu siswazah menganggur, sebanyak RM700 juta diperuntukkan bagi program latihan sambil bekerja iaitu 1,000 graduan dalam sektor kewangan manakala 2,000 orang lagi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terutama sektor perkhidmatan seperti penyumberan luar, penerbangan, utiliti, kesihatan dan multimedia kreatif.

Syarikat swasta yang menggaji pekerja yang sudah diberhentikan dalam tempoh 10 Mac hingga 31 Disember 2010 diberi potongan cukai dua kali ke atas jumlah gaji yang dibayar.

Jumlah potongan yang layak tidak melebihi RM10,000 sebulan dan terhad kepada 12 bulan gaji untuk setiap pekerja.

Kerajaan akan menampung kos yuran pengajian dan bahan penyelidikan sebanyak RM20,000 bagi setiap pelajar di peringkat kedoktoran falsafah dan RM10,000 bagi sarjana.

Sebanyak 500 tempat bagi ijazah kedoktoran falsafah dan 10,000 bagi sarjana disediakan di institusi pengajian tinggi awam serta Universiti Tenaga Nasional, Universiti Multimedia dan Universiti Teknologi Petronas.

Skim PROSPER siswazah, yang dilaksanakan sejak Jun 2005, dikembangkan skopnya untuk memberi peluang kepada pemegang sijil kemahiran dan teknikal. Seramai 400 siswazah akan mendapat manfaat daripada program ini.

Kerajaan juga akan mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dengan menaikkan bayaran levi pekerja asing sebanyak dua kali ganda bagi semua bidang kecuali pembinaan, perladangan dan pembantu rumah. Levi akan dibayar oleh majikan dan bukan oleh pekerja.

Najib berkata lesen agensi pengambilan pekerja asing dibekukan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memastikan golongan mudah terjejas akan mendapat faedah daripada skim jaringan keselamatan sosial, selain peruntukan RM27.9 bilion bagi menampung keperluan subsidi bagi tahun 2009.

Pakej rangsangan itu memberi peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta bagi meningkatkan kemudahan pusat penjagaan harian warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambah kemudahan pusat asuhan kanak-kanak.

Bagi membantu nelayan yang mengalami musibah di laut, kerajaan menyediakan peruntukan permulaan sebanyak RM2 juta kepada Tabung Kebajikan Nelayan yang akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) manakala bagi pekerja yang diberhentikan, pengecualian cukai ke atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 bagi setiap tahun genap perkhidmatan.

Najib berkata, institusi perbankan bersetuju menangguhkan bayaran balik pinjaman perumahan oleh pekerja yang diberhentikan selama setahun.

Bagi menyokong usaha itu, kerajaan bersetuju agar pendapatan faedah bank berkaitan dengan penangguhan bayaran balik pinjaman itu hanya dikenakan cukai apabila pendapatan tersebut diterima.

Pakej kali ini juga menyediakan RM1.95 bilion bagi membina dan menambah baik 752 buah sekolah terutama di luar bandar. - Bernama

Manchester United vs Malaysia


last year malaysia ada lawan chelsea kan..lepas ni lawan MU pulok..

harap2 ada improvement la team msia kan..takat lawan team power tapi kita masih ditakuk lama pun takleh jadi gak kan..

Tourism Malaysia


first time aku sampai website tourism malaysia nih..byk gak info cuma maybe lebih focus utk foreigners....ada vclip utk tempat pelancongan kat msia walaupun quite brief lah, menu makanan dgn recipe pun ada, peta msia etc.

org cam aku so far byk jln2 kat msia je...kan lagi baik kalau website ni boleh jadi reference utk sesapa saja nak melancong dlm msia termasukla org msia sendiri..