Terkaya di Malaysia


KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia terus mencatat peningkatan dengan kekayaan mereka yang terkumpul bernilai RM156.7 bilion pada 15 Jan atau 63 peratus lebih daripada RM96.3bilion berikutan pemulihan dalam pasaran saham, demikian didedahkan hasil satu kaji selidik oleh Malaysian Business.

Bagaimanapun, menurut kenyataan hasil kaji selidik majalah itu yang dikeluarkan hari ini, kekayaan terkumpul mereka masih kurang daripada RM171.9 bilion yang direkodkan pada 2008.

Penanda aras FBM KLCI telah meningkat 44.3 peratus sejak kaji selidik terakhir ketika masyarakat dunia berusaha bangkit semula berikutan krisis kewangan global.

Senarai penuh 40 orang terkaya dan maklumat mengenai kekayaan mereka telah diterbitkan dalam majalah itu dalam keluaran 16 Februari. Seperti tahun lepas, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Jan tahun ini.

Kaji selidik itu juga menunjukkan hampir separuh daripada senarai yang tercatat tahun ini melonjak 50 peratus atau lebih.

Ada lebih jutawan tahun ini -- 22 orang iaitu lebih lapan orang berbanding tahun lepas.

1. Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya "Raja Gula" tahun lepas, masih mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.

2. Ananda Krishnan Hartawan telekomunikasi dengan kekayaan RM27 bilion


3. Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd dengan kekayaan RM11.92 bilion

4. Tan Sri Teh Hong Piow, ahli perbankan terkemuka dengan kekayaan RM10.86 bilion

5. Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan kekayaan bernilai RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya Tan Sri Lim Goh Tong

6. Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki tempat keenam dengan RM7.09 bilion

7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary dengan kekayaan bernilai RM6.01 bilion

8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4 billion

9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5 billion

10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2 billion

Lima muka baru dalam senarai 40 terkaya adalah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun.

-- Bernama

bila agaknya nak masuk dlm list nih..mimpi betul hehe

6 comments:

Jard The Great said...

warghh.. bila ar nama ku naik plak kan? ehehe

Bb Hussain said...

emm..tak tersenarai pun tak..kalau dpt 10% dr no 1 pun ok..hehe

imanshah said...

Tambah manis kalau kekayaan itu digunakan untuk jalan ALlah

zamz said...

jard bila ek..cara cepat kawin dgn salah sorang dlm list tu hehehe

zamz said...

bb dpt 10% pun dah leh masuk dlm list tu

zamz said...

imanshah betul3..

Post a Comment