Nizar akan Menghadap Sultan Perak untuk Persembah Keputusan Bubar DUN Selepas Bersidang Bawah Pokok

IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, bagi mempersembahkan keputusan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok sebentar tadi yang meluluskan usul pembubaran Dewan.

"Kami akan menyediakan beberapa dokumen perlu sebelum memohon untuk menghadap baginda Sultan Perak," katanya kepada pemberita selepas sidang tergempar DUN Perak itu selesai.

Sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan itu turut meluluskan undi percaya terhadap Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.


Ia dipengerusikan Speaker, V Sivakumar, dan dihadiri 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang lain.

Bagaimanapun, kesahihan sidang tergempar itu dipersoalkan

7 comments:

Anonymous said...

maknanya??? aku xpaham la...

Anonymous said...

Nizar nak mengadap atas dasar ape? Kan Sultan dah kata suroh dia letak jawatan dan melantik MB yang baru.

Nizar sekarang adalah Ketua pembankang dalam ADUN Perak. Ketua pembankang barua DAP ank mengadap mintak Sultan bubar ADUN?

Lawak keling....

Mak Su said...

meeting baik-baik ya

Gieyana said...

giler kuasa ler tu!!hehehe..

Zamz said...

kita tunggu dan lihat jelah...apa nak jadi plak lepas nih..hehe

Anonymous said...

pening tgk keadaan politik skng ni hahaha...

Zamz said...

emm pening tampal koyokk hehe

Post a Comment