Senyum Kambing: 5 Didakwa Hina Sultan


Chan Hon Keong, 26, dituduh bersama isterinya, Khoo Hui Shuang, 27, menghina Sultan Perak melalui laman web http://books.dreambooks.com/duliduli.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak, www.sultanperak.gov.my. di Permatang Pauh, Butterworth, kira-kira pukul 12.05 pagi, 13 Februari lalu.

RUTININ Suhaimin, 35, dituduh melakukan kesalahan sama menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet secara sedar dengan membuat dan memulakan penghantaran komen di alamat http://booksdreambook.com/duli/duli.html yang pada pukul 6.33 petang pada 13 Februari lalu di Kundasang, Sabah.

Nor Hisham Osman, 36, didakwa telah membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya di http://books.dreambook.com.web per/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak iaitu www.sultan.perak.gov.my. Perbuatan itu didakwa dilakukannya pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan, Selangor.

Muslim Ahmad, 54, didakwa atas tiga tuduhan menulis komen menghina Sultan Perak menggunakan perkhidmatan Internet menghina Sultan Perak di Setapak, Kuala Lumpur pukul 2.21 dan 2.27 petang, 7 Februari lalu.

PEMBANTU makmal Azrin Md. Zain, 33, didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah menulis komen yang menghina Sultan Perak.

nampaknya dah ada org kena dakwa di mahkamah

rasanya kalau betul diorang nak cari sungguh2 sure lagi ramai yg kena dakwa kan..

so hati2 di jalanraya hehe

5 comments:

Luth Textile said...

padan muka!
bodoh puny org melayu.
sultan sendiri pon nak hina..
fanatik sgt politik.. haprak!

IxoR@ said...

Bahaya tu...kena berhati-hati bukan saja di jalanraya tapi di mana-mana sahaja!

Dalam rumah pun boleh accident tau !

Anonymous said...

tu lah..jgn jadi bodoh sombong...hidup dah aman nak cari masalah.

chekgu Bani Hassim said...

terlajak kate, buruk padahnye...
bende lain nk kutuk, kutuk laa...
kalau bende2 sensitif...sendiri mau ingat la...

Zamz said...

hehe ingat jgn tak ingat ye..

Post a Comment