Showing posts with label senyum kambing. Show all posts
Showing posts with label senyum kambing. Show all posts

Kisah Raja dan Pengembala Kambing


Diceritakan pada satu malam, seorg raja bernama Ibrahim Adham sedang berehat dan bersenang-lenang di tilam empuk dalam istananya sementara menunggu melelapkan mata. Tiba2 dia terdengar bunyi menunjukkan sesuatu sedang bergerak2 di atas siling istananya. Makin lama makin jelas.

"Siapa di atas tu?" bentak Ibrahim Adham.
"Saya pengembala kambing," sahut satu suara dari atas menjawab dengan jelas.
"Apa yg kau buat di atas istanaku?" tanya raja lagi.
"Aku mencari kambingku yang hilang." jawab suara itu lagi.

"Cis, pelik sungguh. Masuk akalkah bahawa kau mencari kambing yg hilang di atas atap istanaku?"

Dengan tegas suara itu menjawab,"Begitulah wahai Ibrahim...adalah pelik kalau kau inginkan keredhaan Allah hanya dengan bersenang lenang di atas tilammu yg empuk itu? Itu sama saja dengan mencari kambing yg hilang di atas atap."

Selepas insiden itu, Raja Ibrahim tersedar dari kelalaiannya. Suara itu telah menyentak kelalaiannya dalam buaian nikmat sebagai seorang raja, tanpa memikirkan kesusahan rakyat.

Tidak lama selepas itu, baginda menyerahkan takhta kerajaannya kepada org kepercayaannya manakala baginda sendiri mula mengembara mencari ilmu dan bermujahadah sebagai seorang sufi.

Bertahun2 baginda berjuang mendidik diri, darjat ketakwaan semakin meningkat, hingga terkenallah baginda sbg seorang waliullah yg tersohor.

Pengajaran: Takde jalan mudah utk mencari keredhaan Allah. Sesungguhnya, syurga sentiasa dipagari oleh kesusahan manakala neraka sentiasa dihiasi kesenangan. Justeru, hadapilah kesusahan yg sementara di dunia demi kesenangan di akhirat utk selama2 nya di syurga.

Sumber: Majalah Solusi

agaknya kambing2 pun selalu tersenyum tgk gelagat manusia kat atas muka bumi nih, cita2 nak masuk syurga tapi takde pulak usaha ke arah situ. kesibukan dgn kehidupan dunia mmg menjadikan kita selalu lalai dan lupa objektif sebenar hidup kita atas dunia nih termasukla tuan punya blog nih...huhu

harap2nya kita tak termasuk dalam golongan yg lalai dan selalu lupa diri nih..amin

Senyum Kambing: Banjir Sana Sini Warga Afrika di Malaysia

aku perasan gak keadaan nih di mana diorang ni makin ramai...

baru2 ni aku hampir terlanggar sorang kat rumah aku sebab dia dgn selambanya melintas jalan ikut suka hati waktu malam..nasib baikla mata aku nampak bayang orang melintas..kalau tak naya je..

sebelum ni pun aku penah gi wedding sorang kawan my the other half..masa sampai tu tgk org2 yg kat wedding tu pun cam tercengang2 je tgk pengantin..aku pun cam pelik gak tgk geng2 diorang ada kat situ..rupanya minah tu kawin dgn salah sorang dari org afrika tu..

so masa wedding tu bukan takat pengantin je jadi tumpuan..geng2 diorang pun jadi bahan tontonan jugak..haha yela pelik plak rasa tgk diorang dgn siap pakai baju melayu kat majlis kawin org melayu kan hehe

tapi kalau yg baik kira ok la kan...yg tak baik yg susahnya...

Senyum Kambing: 5 Didakwa Hina Sultan


Chan Hon Keong, 26, dituduh bersama isterinya, Khoo Hui Shuang, 27, menghina Sultan Perak melalui laman web http://books.dreambooks.com/duliduli.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak, www.sultanperak.gov.my. di Permatang Pauh, Butterworth, kira-kira pukul 12.05 pagi, 13 Februari lalu.

RUTININ Suhaimin, 35, dituduh melakukan kesalahan sama menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet secara sedar dengan membuat dan memulakan penghantaran komen di alamat http://booksdreambook.com/duli/duli.html yang pada pukul 6.33 petang pada 13 Februari lalu di Kundasang, Sabah.

Nor Hisham Osman, 36, didakwa telah membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya di http://books.dreambook.com.web per/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak iaitu www.sultan.perak.gov.my. Perbuatan itu didakwa dilakukannya pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan, Selangor.

Muslim Ahmad, 54, didakwa atas tiga tuduhan menulis komen menghina Sultan Perak menggunakan perkhidmatan Internet menghina Sultan Perak di Setapak, Kuala Lumpur pukul 2.21 dan 2.27 petang, 7 Februari lalu.

PEMBANTU makmal Azrin Md. Zain, 33, didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah menulis komen yang menghina Sultan Perak.

nampaknya dah ada org kena dakwa di mahkamah

rasanya kalau betul diorang nak cari sungguh2 sure lagi ramai yg kena dakwa kan..

so hati2 di jalanraya hehe