Kisah Raja dan Pengembala Kambing


Diceritakan pada satu malam, seorg raja bernama Ibrahim Adham sedang berehat dan bersenang-lenang di tilam empuk dalam istananya sementara menunggu melelapkan mata. Tiba2 dia terdengar bunyi menunjukkan sesuatu sedang bergerak2 di atas siling istananya. Makin lama makin jelas.

"Siapa di atas tu?" bentak Ibrahim Adham.
"Saya pengembala kambing," sahut satu suara dari atas menjawab dengan jelas.
"Apa yg kau buat di atas istanaku?" tanya raja lagi.
"Aku mencari kambingku yang hilang." jawab suara itu lagi.

"Cis, pelik sungguh. Masuk akalkah bahawa kau mencari kambing yg hilang di atas atap istanaku?"

Dengan tegas suara itu menjawab,"Begitulah wahai Ibrahim...adalah pelik kalau kau inginkan keredhaan Allah hanya dengan bersenang lenang di atas tilammu yg empuk itu? Itu sama saja dengan mencari kambing yg hilang di atas atap."

Selepas insiden itu, Raja Ibrahim tersedar dari kelalaiannya. Suara itu telah menyentak kelalaiannya dalam buaian nikmat sebagai seorang raja, tanpa memikirkan kesusahan rakyat.

Tidak lama selepas itu, baginda menyerahkan takhta kerajaannya kepada org kepercayaannya manakala baginda sendiri mula mengembara mencari ilmu dan bermujahadah sebagai seorang sufi.

Bertahun2 baginda berjuang mendidik diri, darjat ketakwaan semakin meningkat, hingga terkenallah baginda sbg seorang waliullah yg tersohor.

Pengajaran: Takde jalan mudah utk mencari keredhaan Allah. Sesungguhnya, syurga sentiasa dipagari oleh kesusahan manakala neraka sentiasa dihiasi kesenangan. Justeru, hadapilah kesusahan yg sementara di dunia demi kesenangan di akhirat utk selama2 nya di syurga.

Sumber: Majalah Solusi

agaknya kambing2 pun selalu tersenyum tgk gelagat manusia kat atas muka bumi nih, cita2 nak masuk syurga tapi takde pulak usaha ke arah situ. kesibukan dgn kehidupan dunia mmg menjadikan kita selalu lalai dan lupa objektif sebenar hidup kita atas dunia nih termasukla tuan punya blog nih...huhu

harap2nya kita tak termasuk dalam golongan yg lalai dan selalu lupa diri nih..amin

3 comments:

Kijang Galah said...

mmg manusia sentiasa lalai..lgi2 di akhir zaman ini smue nak kejar kekayaan berbanding amal ibadah untuk hari kelak..
ape yang cuz leh ckap kt cni kiter harus la menjaga diri kita dan ingat mengingati antara satu dgn lain baru la kiter dapat keberkatan hidup didunia mahupun di akhirat..

Anonymous said...

yang penting jaga nikmat islam tue.... huhuhuhu...

Perempuan Kalis Peluru said...

terima kaseh atas ingatan :)

Post a Comment