Loji Nuklear Untuk Jana Elektrik Menjelang 2025

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menetapkan sasaran memulakan operasi loji tenaga nuklear pertamanya menjelang 2025, jika kerajaan memutuskan untuk menjadikan nuklear senagai opsyen tenaga yang boleh diterima.

Dr Mohd Zamzam berkata menjelang 2019, sumber bekalan tenaga alernatif akan menjadi kritikal memandangkan sumber gas akan susut pada masa itu.

Harga arang batu katanya juga sentiasa turun naik.

Penggunaan tenaga TNB meliputi gandingan gas (kira-kira 50 peratus), arang batu (35 peratus), hidro (14 peratus dan minyak (lebih daripada satu peratus).

Menerusi pembukaan loji nuklear pertama di Malaysia, Dr Mohd Zamzam berkata TNB akan menyertai senarai negara yang sudah membuka loji tenaga nuklear seperti Kanada, Perancis, Jerman, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Jepun dan China.

Dari segi kos bekalan elektrik, beliau berkata tenaga nuklear juga lebih kompetitif berbanding sumber tenaga lain.

"Berdasarkan harga jualan di Bursa Tenaga Korea, harga jualan nuklear hanya 3.9 USsen/kwh berbanding 71.1 USsen/kwh bagi solar (paling mahal), minyak 11.7 USsen/kwh, angin 10.7 USsen/kwh, LNG 10.4 USsen/kwh, hidro 9.4 USsen/kwh, arang batu lembut 4.1 USsen/kwh dan arang batu keras 6.5 USsen/kwh," katanya.

wah nampaknya msia pun nak guna tenaga nuklear utk generate electricity..

aku tak sure plak sejauh mana bahayanya nuklear nih

kalau murah why not kan..

lagipun byk dah negara2 lain yg guna tenaga nuklear utk generate electricity nih

1 comments:

Seri said...

harapan rakyat malaysia mudah-mudahan kadar letrik boleh turun. jangan pula kerajaan buat alasan bina loji nuklear tu mahal.

Post a Comment