Kes H1N1 Makin Meningkat: Camana Nak Kuarantin Diri Anda di Rumah


nampaknya makin byk kes H1N1 nih kan..tiap2 hari ada je penambahan..pastu skolah pun ada yg dah ditutup..nasib baik belum lagi ada tempat keja yg declare kena tutup..

ikutkan ketua pengarah kesihatan..mereka2 yg terlibat kena la kuarantin diri mereka di rumah...tapi masalahnya ramai yg tak paham apa maksud kuarantin dirumah..

ada yg masih pegi sekolah agama walaupun anak mereka disuruh dikuarantinkan di rumah..

So parents kena la aware pasal perkara2 yang perlu dilakukan ketika menjalani kuarantin di rumah.

1. Hendaklah berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan dan mesti berasingan dari ahli keluarga lain yang sihat.

2. Semasa berada dalam tempoh kuarantin, anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, sekolah, tuisyen, majlis makan malam, kenduri, membeli belah atau mana-mana tempat awam.

3. Dapatkan bantuan daripada saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.

4. Kurangkan pertemuan dengan rakan dan saudara mara serta elakkan dari hadir di tempat awam.

5. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat mana-mana saudara mara atau rakan mengunjungi dan memasuki rumah anda.

6. Gunakan penutup muka sepanjang masa jika mengalami batuk dan demam.

7. Amalkan kebersihan diri seperti menutup mulut semasa batuk atau bersin. Cuci tangan selepas menyentuh, hidung, mulut atau mata dan pastikan pengudaraan dalam rumah baik.

8. Pantau kes-kes demam dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.

9. Hubungi segera pegawai kesihatan daerah berdekatan sekiranya mengalami demam dan simptom berkaitan.

10. Mengikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari media massa seperti radio, televisyen, akhbar dan lain-lain.

harap2 nya cepat la clear wabak nih...

6 comments:

aien~s corner said...

dowg xtw kot mksud pe 2 `kuarantin' 2 sbnrnye..
hehe

meo188 said...

xleh dating kah lepas ini? huhuhuhu

lupekanje said...

bunyik cam teruk kan....400% jlh kenaikan kes...

so...kurang2kan meronda di tempatyg ramai orang...sementara waktu ...kasik kes pengidap ni menurun dulu..

banyak2kan menghabiskan waktu di rumah dgn keluarga sambil berdoa agar kita dn keluarga kita tidak dijangkiti penyakit ni, maupun penyakit lelain yang merbahaya.

Zamz said...

mungkin aien..takpun buat2 tak paham

Zamz said...

meo kawin la lepas tu dating puas2 hehe

Zamz said...

betul tu achik..setujuk

Post a Comment