Jom Claim Rebat Tol 20% Bermula September


IPOH: Rebat sebanyak 20 peratus bagi pengguna yang membayar tol lebuh raya melebihi 80 kali dalam sebulan boleh disimpan sehingga tempoh enam bulan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.
Justify Full
Beliau berkata, rebat berkenaan boleh dituntut pengguna layak di 126 lokasi, yang dikenalpasti di seluruh negara dan akan diumumkan kelak.

"Pemberian rebat tol sebanyak 20 peratus akan mula berkuatkuasa pada 1 September dan mulai 1 Oktober ini pengguna lebuh raya yang layak boleh menebusnya di lokasi ditetapkan.

"Pengguna juga dibenarkan membuat tuntutan bagi tempoh tiga bulan sekali atau sebagainya kerana rebat berkenaan mempunyai nilai sehingga tempoh enam bulan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan laluan terus tanpa henti Kuala Lumpur-Pulau Pinang di Plaza Tol Ipoh Selatan di sini hari ini.

Shaziman berkata, pemberian rebat tol itu bagaimanapun hanya untuk tempoh sementara waktu sehingga kajian menyeluruh dan terperinci oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) selesai.

Katanya, kajian membabitkan pelbagai pihak termasuk syarikat konsesi dan agensi kerajaan itu perlu bagi membolehkan pemberian rebat tol yang lebih berkesan.

Langkah berkenaan adalah pendekatan awal kerajaan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapati rakyat terbeban dengan bayaran tol yang tinggi setiap hari.

"Beliau mahu membantu ramai warga kota yang terbeban dengan kos terlalu tinggi untuk membayar tol dan berkali-kali dalam sehari sama ada untuk pergi kerja atau hanya untuk menghantar dan mengambil anak-anak sekolah," katanya.

Mengulas laluan terus Kuala Lumpur-Pulau Pinang, Shaziman berkata, ia akan menjadikan lalu lintas di kawasan berkenaan lebih lancar dan pada masa sama dapat mengurangkan kemalangan.

Katanya, pengguna tidak perlu lagi membayar tol di Plaza Tol Ipoh Selatan dan Ipoh Utara untuk mengambil tiket transit dan boleh meneruskan perjalanan masing-masing tanpa banyak gangguan.

Katanya, laluan itu juga akan mengasingkan pengguna lebuh raya tempatan yang dianggarkan sebanyak 26,000 kenderaan sehari. - Bernama

emm kena guna highway lebih 80 kali sebulan ke..yg ni tak clear sgt..

7 comments:

IxoR@ said...

Memang tak berapa clear la.....

xiiinam said...

Selamat menuntut rebet.....




ckLah jarang bayar tol...he..he...

Zamz said...

cklah tak guna tol ek..jimat 100% hehe

Zamz said...

ixora claim je nanti hehe

Anonymous said...

kalau tau tol tu membebankan rakyat, turunkan je la rate tol tu... takyah susah2 nak kasi kat selective org jer (mekanisma pun tak clear)... last2 org kaya jer yg benefit sbb mostly diaorg jer yg pakai 'sentuh dan pergi'... 9600

Zamz said...

kalau aku jadi org kaya aku tak claim kot hehe

::AnEp:: said...

nk claim ahkz..

Post a Comment