KAKI DALAM KASUT

KAKI DALAM KASUT

By
Dr. Mahathir Mohamad

1.           Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja  Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

 

2.           Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan "ketidakadilan" terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

 

3.           Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.


4.           Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang. / u2:lsdexception> /u2:donotpromoteqf>

 

5.           Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan.  Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

 

6.           Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya, hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.

 

7.           Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).  Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30% bagi bumiputra (walaupun mereka adalah 60% dari penduduk) dan 40% bagi kaum lain serta 30% bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20%, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50%, walaupun mereka hanya 26% dari jumlah penduduk.

 

8.           Nilai harta milik bumiputra pula berjumlah 15% sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan bumiputra disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.

 

9.           Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan  yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu.  Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu.  Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini.  Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.

 

10.           Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri.  Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka.  Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun.  Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.

 

11.           Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja.  Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya.  Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat.  DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu.  Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?

 

12.           Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82% dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan - kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).

 

13.        Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82% kepada 60%.  Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?

 

14.        Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu.  Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan "Tanah Melayu" digugur dan cantuman negeri - negeri ini dinamakan Malaysia.  Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri.  Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.

 

15.        Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional,  orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan.  Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.

 

16.        Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.

 

17.        Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini?  Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?

 

18.        Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu.  Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.

 

19.        Saya berpendapat  jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal).  Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah.  Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya - lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada.


susah gak nak letak diri dalam kasut org lain...kekadang kasut tu besar sgt utk kita pakai..


7 comments:

aRien de GreaT said...

zamz..dats y hingga sekarang kiter masih dan akn sentiasa bersama Tun dalam perjuangan beliau..sbbnya..Beliau sntiasa mmperjuangkan nasib anak bangsa beliau yg berketurunan melayu ni..kiter sygkan Tun.

zamdotcom said...

jom lah sama-sama kita fikir ^^

p/s: sayangkan bangsa atau agama?

Unknown said...

mak aku sampai simpan article kat newspaper pasal apa yang Tun cakap nih. aku nak cakap lebih2 kang orang kata aku fanatik pulak. tapi aku tetap support Tun.


lalala... malu saya~

Nizam Gtz said...

huhu... jalinan ketoleransian bangsa melayu itu sendiri menjerat diri mereka... benarlah kata ustaz saya, "kita wajib ada husnuzzan (sangka baik), namun perlu berhati-hati dengan org bukan islam..." Sifat toleransi dan terlalu baik hati org melayu yg semakin berkurangan menyebabkan mereka merasa hilang keselesaan yg dikecapi disebabkan kebaikan orang melayu itu sendiri...

Bagi saya, prjuangan majukan bangsa melayu itu adalah perjuangan islam... sebab orang melayu itu beragama islam... jika lemahnya melayu di Malaysia, lenyaplah kekuatan islam...

Akhirnya, azan diharamkan... dakwah islam disekat-sekat... melayu menderita kemiskinan tegar...

Sebab itu kita kena jaga semua yg berkaitan dengan bangsa dan agama... Saban tahun, beratus-ratus malah beribu-ribu remaja melayu keluar agama islam... dipengaruhi penipuan dan sihir... (mintak dijauhkan)... supaya islam jadi minoriti...

maka, berlakulah seperti di Bosnia atau di Palestin mahupun di Xinjiang...

alang said...

Aku salah sorang peminat setia Dr Mahathir. :D
Btw, comel gambar yg ko letak tu. hehe

RobinHood said...

wah.....
Bahaya Betul..

Jard The Great said...

=p

Post a Comment