Kalau Korang Baik, Semua Akan Jadi Baik.........


Seorang perantau memasuki sebuah desa. Sebelum pergi jauh ke dalam desa itu, dia telah bertemu seorang tua.

"Bagaimana perangai orang2 kampung di sini pakcik?"tanyanya.

"Oh, kamu org baru ya? Sebelum pakcik jawab soalan kamu tu, pakcik ada satu pertanyaan. Boleh pakcik tanya?"

Perantau itu kehairanan. Apa pula yang ada dalam pikiran org tua itu.

"Baiklah pakcik, apa soalannya?"

"Bagaimana perangai orang kampung asal kamu sendiri?"

Pemuda itu terdiam sejenak. "Orang kampung saya teruk2 pakcik, perangai mereka tak senonoh langsung. Asyik bergaduh, mengumpat dan bergaduh sesama sendiri. Saya harap org kampung ni tak macam tu."

"Sayang, harapan kamu tidak akan kesampaian. Orang kampung ini macam tulah juga. Kamu tersilap pilih, nak. Sepatutnya, kamu tak datang ke kampung ini," jawab pakcik tua itu.

"Takpelah kalau begitu pakcik, saya tumpang minum sajalah di warung sebelah ni. Saya akan cepat2 meninggalkan kampung ni."

Org tua itu tersenyum dan mengangguk2.

Selang kemudian, seorg perantau lain memasuki kampung itu dan menemui pakcik yg sama. Kebetulan soalannya pun sama jugak dgn perantau pertama, maka ditanya jugak pakcik itu soalan yg sama kpd perantau itu.

Jawab perantau itu" Org kampung saya baik2. Semuanya bertolong bantu, peramah dan kasih sayang."

"Kalau begitu kenapa kamu merantau keluar?"

"Saya ingin mencari pengalaman. Err pakcik, kembali kepada soalan saya tadi, bagaimana perangai org kampung ini?"

"Oh, bagus, baik. Or kampung ini semuanya berkasih sayang dan bertolong bantu."

"Syukur, kalau begitu tidak salah saya memilih utk mencari pengalaman di sini.

Perbualan tersebut didengar oleh perantau pertama tadi. Dia hairan dan sedikit berang terus bertanya "Kenapa pakcik berbohong? Dgn saya kata lain, dgn dia kata lain?"

Pakcik itu tersenyum sambil menjawab "Maaf nak, pakcik tidak berbohong, pakcik jwab ikut keadaan org yg bertanya."

"Jika orang itu baik, dia akan nampak byk kebaikan. Sebaliknya jika org itu tidak baik, dia akan nampak byk kejahatan dan keburukan. Kita melihat dgn mata hati kita. Jika mata hati kita bersih, Insya-Allah kita akan dapat melihat byk kebaikan."

Emm kekadang kita kena buka mata kita luas2 dan tgklah kebaikan yg ada. kalau yg nampak tu asik keburukan dan kejahatan je, boleh jadi ada something wrong dgn tempat tu ataupun lebih teruk lagi something wrong dgn kita sampai takleh nampak kebaikan yg ada di depan mata.

artikel ni dari majalah solusi isu no. 9

4 comments:

Anep™ said...

good article..leh jd contoh wat semua..
berbuat baik lah anda..pasti benda yg baik bakal berlaku..Huhu..jemput la dtg blog..komen2 entry aku..yer..

Tirana said...

Suka cerita ni...terimakasih kerana berkongsi.

Zamz said...

betul tu anep..setujuk

Zamz said...

sesama tirana..artikel kat majalah solusi ni not bad lah

Post a Comment