1. Mengabaikan pengambilan sarapan pagi Individu yg sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar mengalami kekurangan gula dalam darah. Ini akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak dan akan menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.
2. Terlalu banyak makan Menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak lalu memperlahankan kuasa mental.
3. Merokok Menyumbang kepada pengecutan otak dan penyebab kepada penyakit Alzheimer.
4. Pengambilan gula yang tinggi Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrien seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan otak.
5. Pencemaran udara Otak adalah penerima oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Kurang tidur Mengabaikan kualiti tidur yang sempurna, akan menjejaskan sel otak dan akan mendatangkan risiko tinggi kepada berlakunya kegagalan otak untuk berfungsi.
7. Menutup muka ketika tidur Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Berfikiran sempit Berfikir adalah latihan terbaik utk merangsang otak. Namun, jika seseorang sering berfikiran sempit, ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak.
10. Kurang berkomunikasi Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang jarang berkomunikasi, lama kelamaan fungsi otak akan mengalami kemunduran.
11. Kurang membaca Keupayaan berfikir tidak meluas dan sempit. Keupayaan berbahasa juga mengurang. 12. Mengabaikan Meditasi Tiada ruang rehat untuk otak dan tubuh akan menjejaskan kemampuan memproses maklumat. Bagi Muslim, membaca al-Quran dan sembahyang adalah meditasi terbaik, jika tidak dibuat dengan gopoh! tutup muka masa tido pun tkleh ...adeh..tu yg best tuh |
16 comments:
ko tido tutup muka ke?? ehehe
haha..baru antu tak dtg hikhik
adoi... rosak otak aku.. hehe
haaaa...
tutp muke..
owwwhhh
hehehehe
aku sempurna..
masa utk berubah
byk yg x tau dr tau
hehe
ha ah laa..
pelik ko tutup muke time tido apsal??
wife ko takmo tgk muke ko ke??
hahaha
bahaya ni.. banyaknyer amalan yg rosakkan hotak aku buat...
dulu mase skolah suka tdo tutup muka ngan slimut..skrg x lagik(kurang dh 1 risiko)
erie apsal lak rosak tu..tutup muka gak ke hehe
dba ghani sempurna ek....sila tunjuk otak anda hehe
betul tu khairil...tapi nak berubah yg susah tu
chekgu bh hahaha menusuk kalbu sungguh soklan ko nih muahaha
zamspotte selagi boleh guna lagi otak kira okla tu
zati pun sama ek..ada geng
good info!thx!
pergh..aku riso la..aku slalu xmkn pg..
tido ttup muke..
Post a Comment