7 Wasiat Raja Melayu

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

  • Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
rasa cam first time plak aku baca benda nih...tak ingat dah dulu belajar sejarah bagusla utk ingat balik kan

6 comments:

zaryl said...

wasiat aku sape nk baca? hehe

Anonymous said...

igt time sek men dlu..bler bc buku sej x smpi 5 min mata da ngntok..huhuhu

aRien de GreaT said...

hmm..sepatutnya..amanat ni dh blh dibcakan pda semua rkyt malaysia berulang sbb msih ada yg xfham hak2 melayu di bumi melayu..msih menuntut sesuatu yg bukan hak..msih lupa pda asal usul..hmm..masih...oppss..ni yg teremo nih..heehe :)

Zamz said...

arien sabarr jgn emo hehe..tapi mmg betul..org melayu sendiri pun boleh lupa

Zamz said...

ana sejarah ok lagi..geografi lagi boring ..takyah bukak buku dah tido hahaha

Zamz said...

zaryl ko baca sendiri boleh..biar org lari hahaha

Post a Comment