Al Kisah: Ego Si Katak


Seekor anak katak pulang ke pangkuan ayahnya dgn tercungap2.

Ayah, saya baru pulang daripada bermain di sawah padi. Saya jumpa seekor binatang namanya kerbau...
Justify Full
Ah!! apa nak diherankan..kata bapak katak walaupun sebenarnya dia sendiri pun tak penah tgk kerbau.

Kerbau sgt besar ayah..

Ada sebesar ni? tanya bapak katak sambil mengembungkan perutnya..

Tak ayah besaq lagi..balas anak katak cakap utara pulak..

Ada sebesaq ni? tanya bapak katak sambil membesar kan perut nya lagi..

Anak kata menggeleng2kan kepalanya.

Bapak katak makin bertambah geram dan marah.

Ada sebesaq nih? Perut bapak katak menjadi sgt besar hingga nafasnya tercungap2.

Anak katak terus menidakkannya.

Perut bapak katak dikembungkan lagi berulang2 kali hingga...

POP! perut bapak katak pun meletup dan dia pun mati.

Anaknya kebingungan, mengapa ayahnya sanggup mati hanya kerana nak menandingi kebesaran seekor kerbau.

Pengajaran: Berlagak kaya menjadikan kita papa. Ada pihak yg beria-ia ingin menunjuk2 kekayaannya, padahal ahli hikmah mengungkapkan, jika seseorang perlu memberitahu org lain yg dia kaya, dia sebenarnya tidak kaya.

nota kaki: kalau korang tgk org perut besar tu..tak semestinya sbb dia nak ikut perangai katak tu hehehe

sumber: Majalah Solusi (selepas ditokok tambah hehe)

19 comments:

olin said...

kesian bapak katak meletup.. hahahaha..

tulaa nak berlagak sangat.. hihhi~

Zamz said...

olin sebenarnya kesian kat anak katak..tetiba je takde bapak

zamspotte said...

huhu.. kalau peghut kecik, jangan nak lawan org berperut besar haha... (mengata diri sendiri ker ni??)

meo188 said...

huhuhuhu... ong ong kedekdekdekdek

ezany said...

uish.. nasib baik aku tak kaya..

Yanmie said...

salam zam,

hahaha...pandai lak anak katak tu ckp dlm loghat utara...wakakaa..canggih tul katak nie...hehehe

lupekanje said...

klu kaya, tk yahla nk ego...tunjuk kat org lain..
kalu tk kaya pun, tk belagak cam ong kaya...cam katak tu la..
kalu perut tk cukup besar, jgn cuba nak sama besar dgn kobau..nnt buruk akibatnya...
hehhe.

kucingorengemok said...

tak pasal² anak katak jadi yatim... lain kali jangan gi tengok kerbau, hehe

aRien de GreaT said...

hahah..ade ker cmtu ktak tu..katak tu agknye asal mna ek..xpenah tgok kerbau :)

intan.dayana said...

ish.camtu skali bapak katak tu egO kan??xbek untuk kesihatan tu.

Chekgu BaniHassim said...

amboii...
tak tahan aku bace moral ke-2 ko tu...

haruskah ditujukan kpd KNizam??
hahaha

olin said...

kan anak katak dh jadi yatim. sian. apa la ko wat citer camni? cuba ko wat bapak katak tu tiup belon instead of kembungkan perut, mesti bapak katak xmati.. isk3~

hahahaha.. ^_^

Zamz said...

olin dah cite dia camtu nak buat camana takkan nak buat cite pasal belacan plak hehe

mcm cite seniman bujang lapok plak

Zamz said...

chekgu moral no 2 tu ditujukan kpd sume org laa tak kira di mana berada hehe

Zamz said...

intan mmg tak baek dah meletop pun

Zamz said...

arien katak tu asal cameron highland

Zamz said...

betul tuh kucinggorenggemok..pjg sungguh nama ko nih hehe

Zamz said...

tulah achik org yg betul2 kaya takyah nak tunjuk pun sebenarnya sbb org dah tau dia kaya kan

Zamz said...

yanmie biasala tu..katak msia loghat mana pun boleh

Post a Comment