Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

 
Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri.  Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya.  Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.  Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu.  Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.
 
Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan.  Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?  Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese – The Guilding Off" oleh Emilly Innes.
 
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.  Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya.  Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya..!
 
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya.  Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:  "Kenapa anda makan dengan tangan ?  Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"
 
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:
 
"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada  tiga  sebab:
 
Pertama:  Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain.  Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
 
Kedua:  Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang
saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya
                    
Ketiga:  Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!
 
Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong.  Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.... .........
 
Moralnya:
 Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita.  Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu......

7 comments:

Anonymous said...

zamz.. kalau masuk blog rhea, ambil pamplet tu ye.. dr.malina minta tolong perpanjangkan.. terima kasih..

joegrimjow said...

nabi makan dengan tangan kan>

lupekanje said...

makan dgn tangan itu tidak akan memalukan..

sesuatu yang seseorang lakukan, kita tidak akan tahu sebabnya, melainkan orang itu sendiri. Tapi elok kalu bertanya..skurang2nya kita menambah pengetahuan kita..dan penerangan perlu diberikan, agar tidak timbul prasangka yg memacam dari pihak lain.

IMANSHAH said...

aku selalu makan bihun atau mee goreng dengan tangan bila di kantin, sbab itu amalan aku di rumah lagi..tapi semua orang pandang pelik je..buat tak tau je lah

ezzati said...

ksimpulan tu yg pentinggg... :)

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

sebab orang melayu tak makan pakai kaki..hehe :P

zamdotcom said...

betul tu..aku sokong ^^

p/s: Nabi pn mkn pakai tangan

Post a Comment