Kerajaan timbang pemilik sekeping VCD haram dihukum

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang memiliki cakera padat video (VCD) haram walaupun sekeping, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ini kerana mengikut Akta Hakcipta 1987, hanya individu yang memiliki tiga keping atau lebih VCD haram akan dikenakan tindakan undang-undang.

"Sebagai contoh di dalam akta sekarang, sekiranya seseorang itu memiliki sekeping VCD haram tidak salah, tetapi jika memiliki lebih daripada tiga keping baru boleh diambil tindakan

"Pandangan peribadi saya, sesiapa yang memiliki VCD haram, ia tetap haram

dan salah walaupun memiliki sekeping, dua atau tiga keping. Kita cadang sesiapa yang pegang sekeping VCD haram, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar World Intellectual Property Organization (WIPO) - Malaysia mengenai Industri Kreatif di sini hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, akta berkenaan akan dipinda secara menyeluruh bagi memperbaiki kelemahan serta memastikan sistem perundangan harta intelek negara sentiasa terkini, selain untuk menyokong pertumbuhan industri kreatif.

"Kalau hendak lindungi hasil kreativiti daripada penerbit filem, pencipta

lagu dan sebagainya, kita mesti bukan saja didik orang ramai tetapi juga mesti kenakan undang-undang yang keras," katanya.

Beliau berkata, pindaan akan turut melibatkan tindakan undang-undang terhadap pemilik premis perniagaan yang membenarkan penyewa premis mereka menjalankan kegiatan haram.

"Dalam akta sekarang, kalau peniaga menjual VCD haram di dalam kedai

pemilik, maka pemilik kedai tidak boleh dipertanggungjawabkan, jadi kita hendak pinda undang-undang supaya ia merangkumi kepada pemilik kedai kerana membenarkan perniagaan VCD dan DVD haram di kedai mereka," katanya.

Ismail Sabri berkata, akta itu juga dipinda bagi memastikan ia selari dengan keadaan semasa ekoran teknologi semakin canggih dan maju, yang membolehkan pelbagai pihak dengan mudah mengambil sesuatu hakcipta tanpa kebenaran.

"Satu hari nanti orang mungkin tidak guna VCD atau cakera video digital

(DVD) untuk menonton filem atau mendengar muzik kerana mereka boleh mendengar menerusi telefon atau muat turun dari rumah.

"Bagaimana undang-undang yang ada boleh menyekat perkara ini? Kita tidak

mahu teknologi lebih maju ke hadapan daripada undang-undang, jika ini berlaku bermakna undang-undang tidak dapat menyekat perlakuan-perlakuan yang merugikan industri perfileman dan muzik," katanya.

Ismail Sabri berkata, beliau telah mengarahkan Perbadanan Harta Intelek

Malaysia (MyIPO) untuk mendapatkan pandangan daripada pengeluar filem, Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dan pihak pencipta lagu mengenai pindaan akta itu.

Beliau berkata, akta yang dipinda itu akan dibentangkan di Parlimen pada sesi pertama persidangan awal tahun depan.

Selain Akta Hakcipta 1987, beberapa akta lain juga sedang dipinda antaranya

Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996, Akta Cap Dagangan 1976 dan Akta Paten 1983.-Bernama

kita tgk tv je lah lepas ni hehehe

0 comments:

Post a Comment