Layan Lawak Pepagi Buta: Kisah Pembonceng Mat Rempit hehe

Tiga kejadian lawak semasa aku tengah giler-giler dengan motor. Orang
panggil mat rempit le sekarang nih.

Kisah Pertama

Sewaktu aku berada di Jelutung. Jalan tu kan penuh sesak. Badan aku
agak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang seorang kawan pergi
ke Komtar naik motor kapcai Honda 70. Dia pun kaki cilok jugak, selit
sana selit sini, aku duduk belakang punye le kecut perut.

Sampai satu tempat di mencelah antara dua kereta, motor lepas, dia
lepas, dua2 lutut aku tak lepas, kedebuk aku terduduk tengah jalan
sambil terkangkang, Semua orang tengok aku, cinabeng, dah aku
terduduk sorang2 tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan
lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak bagai nak giler.

Kisah Kedua

Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai kat trafic
lightdia pun berhenti. Aku pun teringat pulak nak hisap rokok. Aku pun
turunkan kedua-dua kaki dan berdiri sikit selok poket nak ambil lighter
dalam poket seluar.

Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku terus jalan
meninggalkanaku yg tgh berdiri sambill berjingkit nak ambil lighter di
trafic light.

Satu bandar orang yang nampak aku berdiri terkangkang sorang2 kat
trafficlight macam ape entah siap bantai gelak pulak diorang.

Kisah ketiga

Waktu sekolah tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat2 aku balik amik
motor buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan.

Waktu tu kalau boleh bawak motor dah kire grand la tu. Tujuan aku
bukan nakbeli barang sangat. Waktu tu le awek2 sekolah tengah
berlonggok tunggu bas nak balik rumah.

Waktu tu ler aku nak menayang betapa machonye aku, jejaka idaman
mereka, ader motor le katakan. Tapi pada hari tu kejadian yang sangat
memalukan telah berlaku.

Masa betul2 sampai depan awek2 tu, aku boleh tak perasan ader lubang,
motor aku pun terlanggar lubang tu, baik nasib tak jatuh, Aku memang
ler tak jatuh, tapi ekzoz motor ayah aku tu terjatuh, maka dengan itu
bunyinye mengalahkan helikopter, satu malaysia dengar, aku rase macam
nak masuk lubang jamban je waktu tu.

Nak ditinggalkan ekzoz tu takut ayah aku marah, nak ambil malu tak boleh
nak cakap depan awek2 tu tapi aku rupenya lagi takut kat ayah aku,
terpaksa aku cari kertas surat khabar dan ambil ekzoz tu.
Pastu tolak ler motor sampai rumah.

Lepas tu tobat tak mau ngorat lagi huhuhu

5 comments:

joegrimjow said...

erkk
baru plan nak mulakan langkah

Anonymous said...

aku suka post ni hahahhah!! very the bomb!!!

Mr Apam said...

huhu..yang ke-3 lawak seh..

apa punya kwn lah dlm kisah ke-2 tuh..blh lak tingglkn member terkapai kapai...hahaa

zureen @ mama said...

Kelakar gila..rasa nak pecah perut baca..he3

aRien de GreaT said...

pehhhhhh..ini kisah benar kah..hahaha

Post a Comment