Kejutan Waktu Maghrib...hampess tull

ni bukan kejutan af ok

Petang tadi aku balik kerja macam biasa.

Dah melepasi semua traffic jam disekitar office (kat dalam kawasan ofis pun boleh jam), terus naik DUKE yg sampai hari ni boleh lalu dengan selesanya sampai ke Ampang.

Sampai je kawasan Ampang, terus aku ke kedai makan. Yela dah kerja satu hari mestila laparkan padahal tengah hari, pagi sume makan nasik huhuhu. Tapi kali ni dinner lainla sikit western style, burger je pun hehe.

Dalam tengah makan tu, hujan pun turun. Boleh tahan lebatnyaa tapi takde tanda2 yg hujan tu akan berlarutan sampai ke tengah malam. Jadi aku agak malam ni mesti panas sikitlah. Tapi pikir2 balik takpe la, kat dlm bilik tido kan ada aircond. Tak hujan pun tido sama je sampai ke pagi siap liat nak bangun lagi.

Sampai je depan pintu pagar rumah, aku rasa pelik tgk apahal la almari kasut aku yg sampai ke siling tu beralih arah. Tgk2 lagi sekali baru aku perasan aircond aku dah TAKDE. Masa tu terkujat jugak aku, mana pulak pegi aircond aku nih. Takkan pulak maid aku bawak turun cuci kot. Tinggi tu sebab selalunya org service siap naik tangga lagi bawak turun.

Dah parking, baru maid aku keluar cakap dia pun tak tau mana pegi aircond tu. Yg bestnya dia ingat aku suruh org ambik bawak pegi service. Yg tak bestnya dia pun tak reti2 nak call aku or my other half utk tanya betul ke org bawak pegi service. Nilah akibatnya suka assume, pastu confident je dgn assumption dia tu.

Hidung gua dah berasap masa tu. Baru teringat belum solat maghrib lagi dah pukul 8, terus aku solat dulu.
Pastu baru maid aku cite apa yg terjadi, itupun dia dengar dari jiran sebelah.

Pastu, aku pun terus call jiran aku nak tanya more detail lah sebab wife dia cakap dia nampak si lahanat tuh. Dia cakap dia pun ingatkan org tu dtg service aircond rumah aku.  Sebabnya, dia nampak budak tu tapi budak tu buat selamba je. Sempat hisap rokok lagi tu. Dah la datang naik motor sorang, siap bawak motor masuk dalam kawasan rumah lagi. Yg bestnya, lepas bukak aircond budak tu sempat lagi tolong siram pokok bunga kat laman rumah aku. Nilah yg dinamakan sambil kencing minum air.

Berani tul diorang nih, aku cadangkan org2 yg berani camni kalau kena tangkap antar je gi palestin, baru diorang tau harga keberanian diorang tuh. Cikai2 pun antar ke pakistan la dok dgn ir knizam at work in islamabad hehe.

Waktu kejadian berlaku waktu pagi nak tengah hari.

Berasap la gua nak tido malam ni. huhuhu

12 comments:

KNizam said...

adesssssss ngalir airmata gua baca ni. sabar ye nak

Tirana said...

Alahai...pandai berlakon sungguh pencuri tu sampai orang tak syak dia pencuri... Kalau kita nak mencuri sesuatu rasanya terketar-ketar dah (sbb tu kita tak boleh jadi pencuri..hehhehe).


Lain kali Zamz kena pesan pada maid - takut nanti ada orang datang mengaku saudara, ambil anak kononnya nak bawak jalan-jalan, dia bagi pulak without asking you or your wife.. kalau anak hilang, lagi berasap..tak boleh tidur langsung nanti. Maid ni kadang-kadang otak depa tak fikir macam kita fikir..kadang-kadang diorang ni betul bendul.

Bb Hussain said...

adus..memang selamba je dia mencuri yer..sabar zamz..

Zamz said...

haha knizam..ngalir air mata takpe lagi jgn air liur..dh book tiket ke blum..bleh tgk f1 nanti hehe

Zamz said...

tulah tirana selalu risau jugak..tapi nak buat camana terpaksa jugak percaya padahal dah selalu sgt pesan

Zamz said...

bb mmg selamba badak je huhu

Mak Su said...

pencurik ?

zamz said...

yela maksu..pencuri aircond

x-po said...

huhu cmne dia leh masuk umah bro ek? pintu tak kunci ke? ke maid bro bg je dia masuk cmtu je?

Zamz said...

tak taulah xpo..bersangka baik je nih..

papabear said...

isk isk isk.... bukan nak buruk sangka tp jaga2 sket maid ko tuh... kang bukan setakat aircond jer terbang... scary-nyer...

Zamz said...

papabear mmg selalu berjaga2..risau jugakkan

Post a Comment