Ciuman Perokok Boleh Membawa Maut


MELBOURNE: Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.

Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria berbahaya pada kerongkong mereka.

"Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium.

"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," katanya seperti dipetik laporan Australian Associated Press.

Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia. - Bernama

nasib baik aku bukan perokok. kepada perokok sila cium rokok je la pasni hehe

10 comments:

meo on the blog said...

huhuhuhu.... apakah?

Zamz said...

apakah?

Zura said...

buruknye muke org tua tue...hahahha...

xsuke org merokok dok dekat2

Bb Hussain said...

agaknya asap perokok yg melekat kat baju dia pun ada bakteria kot..kita yg hidu bau pun leh dpt kesannya kan..

Idalara said...

tp masih terlalu ramai yg tk sedar betapa bnyk keburukan akibat merokok..

papabear said...

yang herannya masih ramai mak bapak yg merokok and buat tak kisah...

Zamz said...

isk zura buruk ke..comel apa hehe

Zamz said...

bb jauhi asap rokok ..cfm bau lekat kat baju la kan hehe

Zamz said...

idalara bukan tak sedar..buat2 tak sedar je kot

Zamz said...

papabear tulah..kalau parents merokok kebarangkalian anak pun merokok tinggi la kan..

Post a Comment