Cruise Tasik Putrajaya

Disebabkan macam takde proper plan nak ke mana2 walaupun cuti 4 hari, jalan2 kat Putrajaya je la walaupun jaraknya sekangkang kera je dari rumah. Setelah lama pusing2 kat Putrajaya, baru teringat tak penah plak naik cruise tasik putrajaya walaupun botnya nampak cantik je.

Finally, kitorang pun sampai la kat counter dan jeti cruise tasik putrajaya, kat sebelah Souq tu je rupanya. Selama ni pi situ tak perasan la pulak. Nak ikutkan harga sebenar utk pemegang mykad dewasa RM 30 dan kanak2 RM 20. Tapi ada family package, so aku ambik 2 dewasa dan 3 kanak2, RM88.


Kebetulan plak arini ada rombongan cik kiah dari perak kot dgn dari negara arab, aku pun terasa cam pelancong gak, siap berbagai bahasa pulak tourist guide tu cuba explain trip cruise tasik putrajaya tuh hehe. Ada gakla info yg aku tak tau lagi pasal putrajaya nih rupanya, bila crew tu explain asal usul putrajaya nih, baru la tau serba sikit pasal sejarah putrajaya nih.



Best gak la naik cruise nih cuma aku rasa sekejap plak. Kalau dia round2 tasik tu cam lagi best. Lagipun boat transparent tu mcm best je dan selesa sangat siap boleh keluar utk ambik angin kat atas dgn kat depan boat.


kalau korang nk tau lebih lagi pasal cruise ni, try la surf website diorang http://www.cruisetasikputrajaya.com

6 comments:

meo said...

bestnye... :)

CS @ Mama AA's said...

bape minit perjalanannya?

Zamz said...

meo mmg best, sila bawak awek haha

Zamz said...

Mama AA..perjalanan dalam 45 minit pegi balik

JMR said...

penah tahu psl cruise ni, tp taknah ada chance lg nak ke sana..dah lama tak gi putrjya kot..

Zamz said...

JMR try la..agaknya cruise ni mmg ramai pelancong je yg naik bebanding dgn org msia..

Post a Comment