KUALA LUMPUR: Kutipan tol di plaza tol arah Cheras dan Petaling Jaya, Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (METRAMAC) yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught, dimansuhkan berkuat kuasa serta-merta malam tadi, tujuh tahun lebih awal daripada tarikh sebenar tempoh tamat konsesi lebuh raya itu pada 31 Mei 2018.
Penutupan plaza tol berkenaan memberi manfaat kepada lebih 100,000 pengguna lebuh raya itu sehari, terutama penduduk Bandar Permaisuri, Bandar Tun Razak dan kawasan sekitar yang perlu membayar tol 50 sen setiap kali melaluinya sejak Ogos 1995. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata berikutan pemansuhan kutipan tol berkenaan, dianggarkan RM180 juta tidak akan dikutip sepanjang tempoh baki konsesi terbabit, manakala kerajaan juga tidak perlu membayar sebarang pampasan atas persetujuan penutupan awal tol itu.
Katanya, langkah itu adalah manifestasi kesungguhan kerajaan mencari penyelesaian berhemah untuk pengguna dalam isu tol. “Hasrat kerajaan ini sudah pun mula direalisasikan menerusi keputusan kerajaan menamatkan kutipan tol di beberapa lebih raya sejak 1993 lagi.
“Pengumuman ini juga adalah hadiah daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat, khususnya pengguna lebuh raya sempena Hari Wesak yang akan disambut esok (hari ini),” katanya berucap pada majlis pemansuhan kutipan tol di plaza tol arah Cheras dan Petaling Jaya METRAMAC di sini, malam tadi.
METRAMAC sepanjang 6.5 kilometer dengan kos pembinaan RM125 juta yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught, mula dibuka kepada lalu lintas pada 1 Ogos 1995. Perjanjian konsesi antara kerajaan dan Metramac Corporation Sdn Bhd yang ditandatangani pada 13 Februari 1992, berkuat kuasa untuk tempoh selama 23 tahun dan akan tamat pada 31 Mei 2018. Kadar tol dikenakan di kedua-dua plaza tol berkenaan ialah RM0.50 bagi kelas satu dan lima, RM1 bagi kelas dua dan tiga, serta RM0.30 bagi kelas empat.
Pada 28 Januari lalu, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa kutipan tol di plaza tol arah Cheras dan Petaling Jaya METRAMAC akan ditamatkan lebih awal berbanding tarikh tamat tempoh konsesinya.
bagus jugak utk org cheras dan sekawasan dengannya..50 sen kalau dua hala dah singgit..setahun dah berapa..
4 comments:
diaorang mansuh kutipan toll..tp rega brg lain naik..sm jer rasanya..kekeke
gula-gula je ni
at least ada kurang sikit...jadi la org yg bersyukur.
emm betul2 bersyukur la dgn apa yg ada
harga barang mmg akan naik..realiti yg terpaksa kita telan. sama la macam gaji, tiap2 tahun nak mintak naik. takde rasanya yg nak mintak turun gaji.
Post a Comment