Showing posts with label diskaun. Show all posts
Showing posts with label diskaun. Show all posts

Berita Baik Untuk Orang Yang Nak Bayar Saman: Tempoh Diskaun Saman 50 Peratus Dilanjutkan ke 10 Mac 2011

PUTRAJAYA: Tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi bayaran kompaun kesalahan trafik yang tamat kelmarin dilanjutkan sehingga 10 Mac ini. Perkara ini diumumkan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sebentar tadi.

Hishammuddin berkata, kerajaan membuat keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan kompaun tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah sistem serta kesesakan di kaunter pembayara"Mereka nak bayar saman tetapi sistem tergendala kerana ramai sangat nak bayar masa itu. Maka untuk mereka yang ikhlas dan jujur untuk membayar kompaun tetapi tidak dapat membayar dalam dua ke tiga hari lalu, kita buat keputusan untuk memanjangkan tempoh 10 hari lagi," katanya.

Sejak Ogos tahun lalu, kerajaan memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan.

Bagaimanapun, hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam semalam, iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis.
sapa2 yg ada lagi saman bolehla amik kesempatan untuk menyelesaikan saman. jangan tunggu last minit. kekadang pelik jugak orang yang ada banyak saman nih..tak takut dengan undang2 ke? kalau aku dapat satu saman pun dah terus pegi settle kan. takutla nanti datang surat mahkamah pulak kan.

apa2 pun selamat membayar saman..

50% Diskaun Utk Sesapa Bayar Saman Dalam Masa 2 Minggu, 30% Dalam Masa Sebulan

Cepat2 jangan lepaskan peluang ini..aku rasa ramai yg tunggu je diorang announce discount nih. kawan2 aku ada yg sampai beribu ringgit saman. banyak tu kalau 4000 dah tinggal 2000. kira berbaloi la diorang tunggu diskaun.

tapi diskaun2 camni akan buat orang ramai tunggu dan bayar saman bila ada diskaun je kan.

Musim Perayaan: Diskaun 20% Untuk Pengguna Lebuhraya PLUS

macam tahun lepas gak kot..sesapa yg berminat nak travel between 12 tgh malam sampai 7 pagi bolehla dpat diskaun 20% utk hari2 yg terpilih

so plan la perjalanan korang kalau tol rm50 boleh la dapat diskaun rm10..hopefully ramai la yg travel mlm sbb aku rasa nak travel siang je hehehe...baru tak jam