Showing posts with label harga naik. Show all posts
Showing posts with label harga naik. Show all posts

Kabinet Tidak Luluskan Permohonan Astro Naikkan Tarif Perkhidmatan


2011/07/01
KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, isu tarif itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.

"Saya bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini, hari ini. - BERNAMA

nampak astro pun dah jadi barang kawalan, takleh naik harga sesuka hati hehehe. bolehla tgk astro lagi hehe

Harga Rumah Makin Mahal huhu

Kalau korang selalu tengok iklan kat dalam suratkhabar ataupun iklan2 rumah baru kat KL/Selangor nih sure korang perasan harga rumah memang makin naik. Kalau 10 tahun lepas RM 200k boleh dapat rumah teres 2 tingkat yg ok skrg ni korang boleh  tgk rumah teres 2 tingkat dgn harga 300k-400k ke atas, Ada gak yg mencecah harga 700k-800k bergantung kepada saiz dan kemudahan sekeliling. Walaupun kita rasa mahal, tapi still sold out. Sapa lah yg beli agaknya. tak tau la in future berapa pulak harga2 rumah ni akan naik. 

Walaupun aku rasa bagus gak BNM turun kan loan to value ratio utk org yg beli rumah ketiga basically to avoid speculators and protect genuine buyers, cuma aku rasa org yg beli rumah ketiga, keempat ni mmg dah byk duit. nak turun kan ke 50% pun diorang takde masalah kot. Takde ke cara lain to at least maintain harga rumah nih. So takla pressure sangat org2 yg baru start keja. kalau baru start keja je dah nak kena tanggung hutang beratus ribu riban, dont be surprise la kalau org msia banyak berhutang.

Jom Sambut Tahun Baru Dengan Harga Baru Gula hihihi



belum apa2 dah naik harga gula ek...pasni mau naik harga minuman2 kat kedai makan..
gula naik sekilo 20 sen, diorang plak naikkan segelas 20 sen..

Berita Sedap Sikit Untuk Didengar: Kabinet Kaji Semula Kenaikan Tol Esok



harap2nya result nya tak jadilah nak naikkan tol ..

zaman skrg ni dah la org ramai nak kena buang kerja..kegawatan ekonomi

org sume sibuk turunkan harga

hiway2 ni sesuka hati je nak naikkan tol..