Showing posts with label turun harga. Show all posts
Showing posts with label turun harga. Show all posts

Kadar Had Laju Turun 10km/j Sehingga 6 September 2011



Oleh FARHANA JONI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Had laju bagi Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di seluruh negara diturunkan sebanyak 10 kilometer sejam (km/j) sempena musim perayaan ini berkuat kuasa kelmarin sehingga 6 September ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha (gambar) berkata, ini bermakna had laju maksimum sepanjang tempoh tersebut bagi Jalan Persekutuan adalah 80 km/j manakala bagi jalan negeri 70 km/j.

“Langkah ini diambil berikutan jumlah kenderaan di jalan raya pada musim perayaan bertambah dua hingga tiga kali ganda berbanding pada hari biasa iaitu sehingga 300,000 kenderaan.

“Walaupun kes kematian menunjukkan penurunan sebanyak empat peratus bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini iaitu 3,234 kes berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 3,379 kes namun langkah berjaga-jaga perlu diutamakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2011 di Stesen Sentral di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof. Dr. Wong Shaw Voon, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Leslie Leon dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad.

Mengulas mengenai 1,200 bas ekspres yang tidak lulus pemeriksaan Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) baru-baru ini, Cho Ha berkata, pihaknya berharap supaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengawal selia permit bas ekspres sementara dan tambahan.

“SPAD juga diharap berbincang dengan pemilik syarikat bas tersebut supaya mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

pls take note..karang byk plak yg kena saman masa raya ni huhuh

Kabinet Tidak Luluskan Permohonan Astro Naikkan Tarif Perkhidmatan


2011/07/01
KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, isu tarif itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.

"Saya bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini, hari ini. - BERNAMA

nampak astro pun dah jadi barang kawalan, takleh naik harga sesuka hati hehehe. bolehla tgk astro lagi hehe

Harga Petrol RON97 Turun 10 Sen


KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Berkuatkuasa pukul 12 tengah malam ini, harga petrol RON97 akan turun 10 sen, menjadikan harga bahan bakar itu RM2.80 seliter.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Stesen Minyak (PDAM) Datuk Hashim Othman berkata penurunan harga itu selaras dengan harga pasaran semasa dunia.

"Eloklah harganya turun, ia boleh mengurangkan beban pengguna petrol RON97, walaupun hanya 10 sen, sekurang-kurangnya ia ada penurunan," katanya kepada Bernama di sini.

Sejak awal tahun ini, petrol RON97 telah mengalami empat kenaikan sehingga mencecah harga semasa RM2.90 seliter.

Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.90 seliter.

-- BERNAMA

turun 10 sen  pun still mahal gak aku rasa...ron95 masih menjadi pilihan hati huhu