KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Berkuatkuasa pukul 12 tengah malam ini, harga petrol RON97 akan turun 10 sen, menjadikan harga bahan bakar itu RM2.80 seliter.
Pengerusi Persatuan Pengusaha Stesen Minyak (PDAM) Datuk Hashim Othman berkata penurunan harga itu selaras dengan harga pasaran semasa dunia.
"Eloklah harganya turun, ia boleh mengurangkan beban pengguna petrol RON97, walaupun hanya 10 sen, sekurang-kurangnya ia ada penurunan," katanya kepada Bernama di sini.
Sejak awal tahun ini, petrol RON97 telah mengalami empat kenaikan sehingga mencecah harga semasa RM2.90 seliter.
Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.90 seliter.
-- BERNAMA
turun 10 sen pun still mahal gak aku rasa...ron95 masih menjadi pilihan hati huhu
4 comments:
emm..Bb tak terasa kesan sebab tak guna 97..hehe
turun 10 sen?
tak de maknanya...
bb betul2 tak rasa..tapi mmg ada org yg guna 97 nih..kira okla tu hopefully turun lagi
ixora..utk org yg guna 97 turun 10 sen kira byk la tu..walaupun aritu naik berpuluh-puluh sen..sampai berpeluh hahaha
Post a Comment