Showing posts with label jakim. Show all posts
Showing posts with label jakim. Show all posts

Jakim Sahkan Mentega Golden Churn Pure Creamery Butter Tidak Halal


KUALA LUMPUR 15 Ogos - Orang Islam di negara ini diingatkan agar tidak menggunakan mentega berjenama Golden Churn Pure Creamery Butter selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan produk berkenaan tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, hasil perbincangan pihaknya dengan Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan memutuskan bahawa produk keluaran Syarikat Ballantyne Food PTY dari New Zealand itu tidak halal.

"Ini berikutan laporan analisis yang diterima oleh Jabatan Agama Islam Sarawak pada 19 Julai lalu menunjukkan terdapat Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan dan ia disahkan oleh JKM sendiri.

"Keputusan ini diambil setelah mendapati produk yang terlibat, berpunca dari kilang yang sama walaupun diimport oleh pihak yang berbeza dan juga diedarkan di pasaran yang berbeza," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, keputusan itu telah dimaklumkan kepada syarikat tersebut dan mereka bersetuju untuk menarik balik produk berkenaan dari pasaran.

Katanya, bagi pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal daripada Jakim ataupun jabatan agama Islam negeri pula yang telah menggunakan produk tersebut, diminta untuk melakukan beberapa proses tertentu.

"Pertama, mereka perlu menukarkan bahan ramuan tersebut kepada bahan ramuan lain yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf.

"Kedua, mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru dan melakukan samak dengan disaksikan oleh jabatan agama Islam negeri.

"Akhir sekali pihak berkenaan perlu mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak jabatan agama Islam negeri," katanya.

Tambahnya, pihaknya sentiasa prihatin dan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan kepentingan umat Islam terpelihara dalam isu-isu berkaitan dengan halal dan tidak akan bertolak ansur mengenai hal itu.

"Bagi mengelak sebarang kekeliruan berkaitan isu-isu halal, orang ramai diminta merujuk kepada laman web Jakim iaitu www.islam.gov.my dan tidak merujuk kepada sumber yang tidak sahih seperti laman web sosial," katanya.

The Star Siarkan Iklan Masakan Daging Babi Dalam Sisipan Khas Bagi Mempromosi Tempat Berbuka Puasa



Asing promosi makanan halal, haram

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta semua pihak termasuk media agar menjaga sensitiviti umat Islam berhubung isu halal dan haram, termasuk menerusi penyiaran iklan dalam akhbar.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, sebaik-baiknya pihak yang terlibat tidak mencampur aduk promosi makanan halal dan tidak halal dalam satu ruangan yang sama kerana ia akan mengelirukan orang ramai.

"Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan Ramadan seperti Ramadan Delights atau keenakan bufet Ramadan seperti tersiar dalam sebuah akhbar semalam," katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas tindakan sebuah akhbar bahasa Inggeris tempatan yang menyiarkan suplemen Ramadan Delights yang turut memaparkan iklan dan berita mempromosi daging babi pada keluaran semalam.

Akhbar tersebut, The Star menyiarkan iklan masakan daging babi serta artikel-artikel mengenai restoran yang menyediakannya dalam sisipan khas bagi mempromosi tempat berbuka puasa kepada umat Islam.

Tambah Othman, Jakim tidak mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap akhbar tersebut memandangkan ia di luar bidang kuasa jabatan berkenaan - Utusan

Rasanya dah sampai masa jakim keluarkan senarai restoran tak halal utk melindungi umat islam kat msia nih. baru la diorang ni hormat sikit since org islam ada kuasa membeli. kalau dah keluarkan senarai restoran yg tak halal rasanya ramai org islam yg akan elakkan makan tempat2 mcm ni. 

Baru ni dpat email pasal serbuan jakim ke kedai TGIF masa ramadhan last year pasal makanan yang ditambah dengan arak siap dengan gambar sekali. Bila check website jakim mmg ada artikel pasal email tu cumanya dalam website tu tak dinyatakan dengan specific nama kedai yg diserbu. Entahlah pelik jugaklah kenapa benda2 camni pun tak boleh nak transparent.