Showing posts with label poligami. Show all posts
Showing posts with label poligami. Show all posts

RM1,000 Nikah Ibu Tunggal


sesapa berminat angkat kaki tangan hehehe..tapi mana cukup rm1000 kan..bagila sejuta ke isteri pertama pun suruh suami dia berpoligami kot hehe

MELAKA: Lelaki di negeri ini yang sudah berkahwin bakal dihadiahkan wang tunai RM1,000 oleh kerajaan negeri jika memilih ibu tunggal miskin sebagai isteri kedua.

Langkah itu diharap dapat membantu golongan itu memulihkan kehidupan mereka yang selama ini tidak diberi perhatian.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang mencadangkan pemberian imbuhan itu, bagaimanapun menegaskan hadiah wang tunai itu mempunyai syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama.

Katanya, langkah terbabit bukan menggalakkan lelaki berpoligami tetapi mengurangkan beban ibu tunggal yang selama ini hanya bergantung harap dengan bantuan kebajikan daripada pelbagai pihak.