RM1,000 Nikah Ibu Tunggal


sesapa berminat angkat kaki tangan hehehe..tapi mana cukup rm1000 kan..bagila sejuta ke isteri pertama pun suruh suami dia berpoligami kot hehe

MELAKA: Lelaki di negeri ini yang sudah berkahwin bakal dihadiahkan wang tunai RM1,000 oleh kerajaan negeri jika memilih ibu tunggal miskin sebagai isteri kedua.

Langkah itu diharap dapat membantu golongan itu memulihkan kehidupan mereka yang selama ini tidak diberi perhatian.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang mencadangkan pemberian imbuhan itu, bagaimanapun menegaskan hadiah wang tunai itu mempunyai syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama.

Katanya, langkah terbabit bukan menggalakkan lelaki berpoligami tetapi mengurangkan beban ibu tunggal yang selama ini hanya bergantung harap dengan bantuan kebajikan daripada pelbagai pihak.

6 comments:

smaelz said...

macam biasa, org kita mesti akan guna alasan sebegini nak kawen lain walaupon rumahtangga yg ada masih x terjaga

meo188 said...

hehehehe...

zamz said...

smaelz lelaki yg berpikiran waras takkan berkawin lagi hanya disebabkan duit RM 1000.

tapi kerajaan melaka punya concern mmg harus diberi perhatian dan jgn di pandang negatif esp bila melibatkan poligami

zamz said...

meo....ada berani ke hehehe

Chekgu BaniHassim said...

besar tanggungjwbnye...
ingt senang ke nak tanggung ibu tungggal dgn anak2nye sekali...
huhu...jgn buat pasal...

zamz said...

emm mmg pun besar tanggungjawabnya...kalau sapa yg rasa kecik je tanggungjawabnya mmgla dia tak layak utk berpoligami...cekguBH ni mmg layak orgnya hehehe

Post a Comment