Kieran Pulak Join Hot FM



sebelum ni byk spekulasi cakap kieran quit era then join hot fm..ada jugak yg cakap jadi pengulas sukan...finally sumenya dah terjawab

cuma pelik sikit selalunya ada agreement among these companies maksudnya kalau resign dari era takleh terus keja dgn hotfm sekurang2nya utk satu tempoh tertentu..tapi kieran ni cam start terus je....stress la team era lepas ni

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Maskiran Jakiran, 33, atau lebih dikenali sebagai Kieran yang sebelum ini merupakan penyampai radio ERA kini sah menyertai radio Hot FM berkuat kuasa esok.

Kieran yang menamatkan kontrak perkhidmatan di ERA hari ini bagaimanapun akan memulakan tugas sebagai penyampai radio di Hot FM, Isnin depan.

Ia sekali gus melenyapkan segala spekulasi berhubung kerjaya Kieran yang turut dikatakan bakal berkecimpung ke arena penyiaran selepas meninggalkan ERA.

Pengurus Besar Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul berkata, dengan kemasukan Kieran, pihaknya berharap Hot FM akan bertambah mantap untuk mengejar kedudukan radio nombor satu Malaysia.

Kieran mula berkhidmat di radio ERA pada 1999 sebagai krew Skuad Perodua Era.

Sementara itu, Kieran memberitahu, dia sangat bersyukur dan terharu kerana diterima sebagai ahli keluarga baru Hot FM.

5 comments:

Tirana said...

Saya suka kieran ni..I mean suka suara dan telatah dia..

Anonymous said...

tulah best kieran esp masa dgn khairil dulu everyday dgr era

Anonymous said...

hmm mgkn sebab dia ada bayar pampasan kot sebab tu boleh terus pindah. kalau tak memang tak boleh. hehehe

Zamz said...

possible mesti hotfm terus bayar kalau betul kan..
takpun diorang ada condition lain..tgk contract gak kan..kalau contract dah abis and kieran taknak renew maybe lain citenya kot..

@LiYaNNuaR ツ said...

hmmm... dah agak dah.. huhuhu...

Post a Comment