Showing posts with label tanah runtuh. Show all posts
Showing posts with label tanah runtuh. Show all posts

Tiga Empangan Mungkin Pecah



takleh imagine kalau empangan pecah...teringat aku lagu hijau nih by zainal abidin

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memberi amaran tiga empangan air utama di Lembah Klang mungkin pecah dalam jangka masa panjang jika kerja-kerja pembangunan di sekelilingnya tidak dihentikan segera.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, tiga empangan yang terlibat ialah Empangan Langat, Empangan Semenyih dan Empangan Klang Gates.

Syabas mengesan beberapa kes pencerobohan di kawasan ‘sensitif’ di sekitar empangan tersebut.

Kalau kerja-kerja pembukaan tanah atau penerokaan hutan dibiarkan berlaku di kawasan tadahan air yang terletak berhampiran dengan empangan, kemungkinan ia pecah akan wujud.

Kawasan tadahan air itu sepatutnya diberikan perhatian oleh pihak berkenaan dan dibaik pulih sejak dari dulu lagi.

Kemungkinan tiga empangan tersebut pecah adalah tidak mustahil seperti insiden tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang berlaku tanpa diduga.

Berapa Kali Lagi Nak Terhantuk...?

Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

scary lah tgk pasal tanah runtuh nih...teringat pasal highland tower dulu2..