Tiga Empangan Mungkin Pecah



takleh imagine kalau empangan pecah...teringat aku lagu hijau nih by zainal abidin

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memberi amaran tiga empangan air utama di Lembah Klang mungkin pecah dalam jangka masa panjang jika kerja-kerja pembangunan di sekelilingnya tidak dihentikan segera.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, tiga empangan yang terlibat ialah Empangan Langat, Empangan Semenyih dan Empangan Klang Gates.

Syabas mengesan beberapa kes pencerobohan di kawasan ‘sensitif’ di sekitar empangan tersebut.

Kalau kerja-kerja pembukaan tanah atau penerokaan hutan dibiarkan berlaku di kawasan tadahan air yang terletak berhampiran dengan empangan, kemungkinan ia pecah akan wujud.

Kawasan tadahan air itu sepatutnya diberikan perhatian oleh pihak berkenaan dan dibaik pulih sejak dari dulu lagi.

Kemungkinan tiga empangan tersebut pecah adalah tidak mustahil seperti insiden tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang berlaku tanpa diduga.

4 comments:

Tirana said...

Manusia yang membuat kerosakan di mukabumi..jadi jangan salahkan makhluk lain jika kita ditimpa bencana..

zamz said...

emm cari salah pun tak guna baik take proper action utk elakkan jadi benda nih

Nadine Zuharra said...

hopenye,takyahla ade projek2 yang dibuat kat lereng2 bukit yang mane atasnye ade tempat tadahan hujan..biarkan pokok2 je yang penuhkan bukit2 tu..kalau betul nak nak buat rumah yang 'selamat', carilah tanah lapang yang takde risiko hakisan..
*emm,lame dah tak dengar lagu hijau yg best nih..thanks! : )

zamz said...

tulah..skrg ni kan trend buat rumah kat lereng bukit..lagi mahal..tapi lepas tanah runtuh tu sure dah murah la kot hehe

Post a Comment