Gunting Rambut Naik RM1


gunting rambut pun naik gak ek..ada kena mengena tak dgn harga minyak ke tariff elektrik ke...

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Jurugaya Rambut India Malaysia sepakat menaikkan bayaran RM1 bagi setiap potongan rambut di kedai ahlinya di seluruh negara berkuatkuasa serta-merta.

Kenaikan itu berikutan kos operasi salun semakin meningkat selepas peningkatan harga minyak, baru-baru ini.

Pengerusinya, T Madhirajan, berkata bayaran yang dikenakan kepada pelanggan masih kekal murah berbanding salun lain iaitu sekitar RM9 hingga RM11 bagi setiap potongan.

Selain itu, katanya, pihaknya menandatangani perjanjian dengan Clipsal Hair Art Saloon Sdn Bhd dengan sokongan kerajaan bagi menyediakan latihan enam bulan kepada belia tempatan bermula selewat-lewatnya hujung bulan ini untuk mengurangkan penggunaan tenaga kerja asing.

10 comments:

@k@kPOKPEK said...

semua naik, tak de ke yang turun??

zamz said...

ntahlah pak lah kot hehe

myadlan said...

em.. kuih harga sekupang tu da best da..

apehal la plak naik harga nih..

kt penang mujur ada yg harga RM5.. murah sket dr KL..

shaxx said...

baru aku tau yg dorang ni pun ada persatuan jugak...

zamz said...

myadlan...yg tu pun sure naik jadi rm6 plak lepas ni kan...tapi still murahla bebanding harga biasa

zamz said...

shaxx aku pun baru tau hehe

Superb GURU BaniHassim said...

makin mahal la skg...
tu pasal la mamak aka k*l*ng gunting rambut nih bulih hidup zaman berzaman, sejaka ku kecik smpai skg.. :(

zamz said...

diorang mmg senang nak idup...kedai gunting boleh kedai mkn pun boleh

sukiminna said...

suke ar tgk gambar tu..nmpk cam kedai gunting tu trapung..hee..

zamz said...

tu bangunan lama tu suki..kena naik tangga sikit hehe..kalau tangkap gambar tak penuh mmg nampak cam terapung hehe

Post a Comment