Hakim Terkejut Kes Selesai 26 Tahun

diorang nak pecah rekod agaknya..kes sampai 26 tahun..kalau budak dah boleh kawin dah pun..

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan melahirkan rasa terkejut dengan kes pemecatan seorang kakitangan kerajaan yang mengambil masa 26 setengah tahun untuk diselesaikan.


Berikutan itu, mahkamah meminta pihak berkuasa menetapkan tempoh masa bagi sesuatu kes patut diselesaikan, bagi mengelak berulangnya kes sedemikian.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi, berkata beliau kesal kerana polis mengambil masa empat tahun bagi menjalankan siasatan terhadap M Senthivelu yang dituduh mengeluarkan RM6,050 daripada 16 akaun di Pejabat Pos Sitiawan, sebelum memutuskan tidak mendakwanya di mahkamah bagi kesalahan jenayah.

Selepas itu, pihak berkuasa disiplin mengambil masa dua setengah tahun bagi memulakan tindakan tatatertib, sebelum memecat Senthivelu daripada perkhidmatan kerana menunggu polis menyiapkan laporan mereka.

Mahkamah pula mengambil masa 22 tahun - mulai Senthivelu memfailkan tindakan undang-undang mendakwa tindakan memecatnya tidak sah, tetapi ditolak, kemudian ke Mahkamah Rayuan, yang mengisytiharkan pemecatannya tidak sah sebelum dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

Semalam, Senthivelu bukan saja kalah dalam perjuangannya, malah bekas kerani Jabatan Pos itu meninggal dunia pada 2005, selepas Mahkamah Rayuan mengumumkan keputusan menyebelahinya. Kini, anak perempuannya Vickneswary mengambil alih sebagai responden dalam kes berkenaan. Full Article

2 comments:

Anonymous said...

biasala tuu... dah jadi baru la nak terkejut beruk la, cipan la, itik la.... kekekeke

Anonymous said...

hehe ke buat2 terkejut hehehe

Post a Comment