Pekerja Berpengalaman atau Graduan?

agaknya senario macam ni yg menyebabkan ramai graduan tak dpt kerja. kalau ada company yg ambik graduan pun mestilah scorer2 je. yg lain2 pulak bergantung kepada soft skill graduan tu sendiri.

kalau yg jenis senyap tak berkata2 makin susah lah nak dpt kerja ditambah pulak dgn komunikasi dlm bahasa inggeris yg menjadi prerequisite esp dlm sektor swasta.

mungkin perlu ada pendedahan utk graduan dari mula2 start first year lagi so that diorang tau apa yg penting utk mendapat pekerjaan dan bukan hanya belajar teori semata2?

SENARIO industri pekerjaan yang lebih mementingkan pekerja berpengalaman berbanding graduan baru meresahkan pelbagai pihak kerana bukan saja menafikan hak memperoleh pekerjaan, malah meningkatkan kadar pengangguran.

Meskipun majikan sering diingatkan jangan pilih kasih, masing-masing mempunyai alasan tertentu.

Bagi majikan, pemilihan itu perlu bagi mengurangkan kos manakala graduan pula menganggap tidak adil kerana dinilai sebelum diberi peluang.

Polemik ini juga menggugat kredibiliti institusi pengajian tinggi (IPT) yang bertanggungjawab melahirkan graduan.

IPT dipersalahkan kerana mengeluarkan ramai graduan saban tahun tanpa memikirkan natijahnya pada industri.

Sejauh manakah kebenaran isu ini disensasikan dan benarkah industri tidak mampu menampung jumlah permintaan pekerjaan tinggi daripada kalangan graduan baru?

2 comments:

Anonymous said...

kalau aku majikan pon aku nak ambil pekerja yang ada pengalaman.. huhu

Zamz said...

gaji je la kena tinggi sikit dari fresh kan..but still may save a lot kan

Post a Comment