Tikam Leher Tebusan


takutnya skrg ni..mcm2 bleh jadi ek..diorang ni takde perasaan ke apa..

SHAH ALAM: Raja Noriana Raja Ahmad, 41, ditikam di leher, belakang serta dikelar rusuk kirinya ketika polis berunding dengan dua penjenayah warga Indonesia yang menahannya sebagai tebusan selama hampir empat jam di rumahnya di D’ Kayangan, Seksyen 13 di sini, pagi semalam.

Tragedi sahur berdarah itu menyaksikan penjenayah terbabit menyeksa ahli perniagaan itu menggunakan senjata tajam dipercayai pisau walaupun mereka sedang berunding dengan polis berkaitan syarat pembebasan mangsa.

Dalam kejadian awal pagi semalam, mangsa ditikam di bilik tidur utama rumah berkenaan.

Sebelum itu, penjenayah terbabit membakar bahagian rumah itu dipercayai dihimpit ketakutan berikutan kedatangan polis. Penjenayah itu turut membuang pistol jenis Smith & Wesson .38 milimeter (mm) dalam tandas untuk menghapuskan bukti.

Polis yang menyedari mangsa mungkin diapa-apakan menyerbu rumah itu jam 8.20 pagi sebelum menembak mati kedua-dua penjenayah yang menyerang mereka.

Bagaimanapun, Raja Noriana disahkan meninggal dunia kira-kira sejam kemudian selepas diberikan rawatan intensif di Pusat Perubatan Selangor (SMC).

full article kat sini harian metro

8 comments:

Anonymous said...

Salam.

Innalillah...
Erm... dekatnya kematian tu dgn kita, tak langsung disedari. Kalau ajal dah sampai, badan yang sihat sudahnya terkulai.

Manusia skrg semakin hilang kemanusiaannya. Kenapa ya? Rasanya kerana agama tak lagi dijadikan pegangan dan sandaran. Tak lagi dijadikan panduan memandu jalan kehidupan.

Kita yang masih hidup ni... mungkin esok masih ada? Ya Allah, mohon padaMu agar kami diberikan umur yang panjang dan penuh keberkatan, agar masa yg tersisa dapat dipenuhi dgn amalan buat bekalan mengadapMu Tuhan.

chekgu Bani Hassim said...

kes ni mmg menyayat hati laa..
bile bace cite nih, terbayang kalau kite berada di tempat mangsa atau anak mangsa..
mau mati kutu kite...

Zamz said...

tulah tak sanggup nak bayang rasanya..

harap2 dijauhkan la dari kes2 camni..yg mati tu mati lah..

yg hidup ni trauma plak kan

Anonymous said...

rasanya berita ni paling menyedihkan tambah2 bulan ramadhan plak

farah, s. said...

ya allah..

scarynye..

mintak dijauhkan

Myza Pesona said...

Memang menyedihkan. Takziah untuk keluarga Allahyarhamah. Semoga tabah menempuh ujian ini!

iEn said...

issk, takut dah ngan dunia skrg nie.. memacam kes..

sesungguhnyaa Qadak dan Qadar xdpt dihalang.

Anonymous said...

betullah kalau dah nak jadi kat mana2 pun bleh jadi

Post a Comment